Saturday, October 16, 2010

PLAN ISRAEL....Projek Mega RED+DEAD...



Projek RED-DEAD adalah salah satu intipati utama di dalam pelan Israel 2020 yang mula dilancarkan pada 1990 ketika zaman pemerintahan Yitzak Shamir dari parti Likud. Projek supermega ini mendapat tentangan hebat dari negara-negara jiran sekeliling Israel terutamanya Jordan dan Mesir. Ini disebabkan projek tersebut memerlukan Israel menceroboh sebahagian tanah negara-negara berkenaan.

Latar Belakang Projek
Projek RED-DEAD adalah projek mega untuk membina terusan bagi menghubungkan antara Laut Merah (Red Sea) dengan Laut Mati (Dead Sea). Tujuan pembinaan terusan ini ialah untuk memasukkan air dari Laut Merah ke dalam kawasan Laut Mati yang semakin mengering. Pembinaan terusan ini dijangka angka menyelamatkan negara Israel dari pelbagai faktor sama ada ekonomi, politik atau maruah.

Kertas kerja rasmi projek ini bernama The Red Sea-Dead Sea Canal (RSDC). Ia mula dibentangkan pada pertengahan 1990 oleh kerajaan Israel kepada kerajaan Jordan. Tujuan dibentangkan RED-DEAD kepada kerajaan Jordan ialah proses pembinaannya akan melalui kawasan-kawasan negara Jordan terutamanya penempatan-penempatan penduduk yang berhampiran Laut Merah. (Lihat gambar di bawah)



(Gambar) Laluan terusan Projek RED-DEAD

Pembentangan kertas kerja kepada Jordan tidak lain semata-mata untuk memujuk Raja Jordan menyertai dan merestui dalam diam projek mega tersebut. Di dalam perancangan tersebut, Israel menyatakan ia bagi menampung air keperluan seharian penduduk Jordan.

Konspirasi Jordan-Israel
Amat mengejutkan semua pihak, pada Mei 2009, kerajaan Jordan telah mengumumkan akan menjalankan idea RED-DEAD itu berseorangan tanpa Israel. Idea gila Jordan ini menelan belanja USD10 billion dan dijangka akan mengambil masa 20 tahun untuk siap. Ini menunjukkan semua kos projek akan ditanggung sepenuhnya oleh Jordan.

Pada pandangan kami, jawatankuasa yang dibentuk kerajaan Jordan untuk mengurus projek RED-DEAD ini kemungkinan ada dianggotai oleh tali barut - tali barut Israel.

Hujah kami ini berdasarkan 3 perkara yang berlaku berkaitan isu RED-DEAD dalam tahun 2009 ini, iaitu;

1. Perbincangan antara Menteri Pembangunan Israel, Sylvan Shalom dengan Predisen Bank Dunia pada 25 Jun 2009 untuk meminta bantuan kewangan tidak mencapai kata putus. Bank Dunia hanya menyatakan masih meneruskan penelitian terhadap kertas kerja RED-DEAD.
2. Empat hari selepas itu, pada 29 Jun 2009, akhbar Israel iaitu Jerusalem Post melaporkan kerajaan Jordan telah mendapat kelulusan peringkat pertama USD 1.25 billion untuk projek RED-DEAD dan Jordan didapati cuba menyembunyikan kelulusan ini dari negara lain.
3. Kemudian dengan tidak semena-mena pada 31 Julai 2009 lepas, kerajaan Palestin pimpinan Mahmood Abbas mengumumkan menyokong penuh rancangan projek RED-DEAD yang bakal dilaksanakan Jordan padahal terusan tersebut langsung tidak menguntungkan penduduk Palestin.


Sejarah Laut Mati
Laut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت‎) merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, serendah 418 m di bawah aras laut, dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. ia juga merupakan laut termasin di dunia, dengan kemasinan hampir 30 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya.
Tasik atau laut ini terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Panjangnya 67 km dan 18 km paling lebar. Cawang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.


(Gambar) Jebel Usdum

Sejarah Laut Mati bermula pada zaman Nabi Lut apabila mereka melakukan beberapa kerosakan di muka bumi. Mereka dicela akibat beberapa perlakuan yang melanggar syariat seperti homosexual, melakukan seks sesama lelaki, merompak dan membunuh.

Bagaimanapun, kaum Nabi Lut ini lebih terkenal dengan sejarah homosexual. Klimaks kemurkaan Allah terhadap kaum ini bermula apabila Allah menghantar Malaikat yg menyamar sebagai seorang lelaki yang tampan. yang tinggal bersama Nabi Lut. Apabila mereka mengetahui tetang kehadiran lelaki tampan ini, mereka bergegas ke rumah Nabi Lut dan merogol lelaki ini.

Malaikat telah diarah untuk menterbalikkan kawasan tempat tinggal mereka ke bawah. Bagaimanapun, pengikut Nabi Lut telah diselamatkan dari malapetaka ini. Sejarah Laut Mati boleh juga dilihat di dalam Surah Ar-Rum di dalam Al-Quranul karim.

Laut Mati Semakin Kering
Dengan terbinanya terusan RED-DEAD, Israel mengharapkan paras air Laut Mati akan kembali normal dan ditambahkan atau setidak-tidaknya ia kekal tidak kering. Menurut fakta geografi, Laut Mati mempunyai paras dasar antara terendah dalam dunia dari aras laut. Ia juga mempunyai kadar kandungan garam yang amat tinggi antara laut-laut lain.



Laman web Sciendaily melaporkan pada 5 Mac 2009 lalu, aras air laut Mati semakin menurun dan teramat kritikal. Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Darmstadt, Jerman, aras air Laut Mati dalam tempoh 30 tahun terdekat telah hilang sebanyak 14km3.
Antara faktor kekeringan Laut Mati ialah banjir yang pernah berlaku di Israel akibat hujan lebat. Walaupun banjir teruk di Israel hanya pada 1980, tetapi bencana tersebut sudah cukup untuk menyebabkan kadar garam Laut Mati berkurang sebanyak 5 peratus.
Bukan itu sahaja, bala banjir dari Allah itu juga telah menyebabkan warna Laut Mati telah bertukar daripada biru gelap kepada warna Merah.

Misteri disebalik Projek RED-DEAD
Apa yang mencurigakan dan misteri di sebalik projek RED-DEAD ialah sebelum kertas kerja pertama RED-DEAD dibentangkan pada 1990, cadangan pertama telah pun dikemukakan oleh William Allen pada 1855. Ini bermakna, projek RED-DEAD lebih dahulu direncanakan sebelum tertubuhnya pertubuhan Zionis Antarabangsa pada 1897.

Ketua Saintis Kementerian Pembangunan Infrasturktur Israel, Dr. Michael Beyt menulis dalam kertas kerjanya bahawa Dr. Theoder Herzl (pengasas Zionis) pernah mengimpikan untuk membuat empangan hidroelektrik untuk negara Israel melalui terusan ini.
Jika sekiranya rancangan pembinaan projek RED-DEAD lebih awal 50 tahun dari idea penubuhan negara Israel, yang manakah antara kedua-dua berikut keutamaan Dajjal dalam perencanaannya menguasai dunia?

Dapatkah kita bayangkan, usia rancangan membina RED-DEAD sudah mencapai 154 tahun tetapi baru akan bermula pada 2014. Sedangkan ia dirancang pada 1855 lagi. Manakala negara Israel pula hanya dicadangkan oleh Herzl pada 1897 dan telah pun tertubuh pada 1942.

Secara logiknya menubuhkan sebuah negara lebih sukar dari membina terusan kerana terpaksa berperang dan mengorbankan banyak nyawa berbanding membina terusan.
Yahudi mengambil masa hanya 51 tahun untuk menubuhkan negara Israel dari tarikh cadangan sedangkan untuk membina RED-DEAD terpaksa mengambil masa 154 tahun dari tahun cadangan.

Jadi, manakah lebih utama untuk Dajjal? Negara Israel atau RED-DEAD? Atau kemungkinan READ-DEAD adalah satu agenda rahsia yang sengaja disembunyikan oleh ahli-ahli sejarah Harvard dan Oxford bagi melindungi sesuatu dari pengetahuan umat Islam.

SUMBER: IBNUYAACOB.COM

No comments:

Post a Comment