Wednesday, November 3, 2010

LAMBANG BUNGA TERATAI

Falsafah kesenian Melayu
(Pandangan Nakula tentang konsep kesenian Melayu)

Nakula nama sebenarnya ialah Abdullah bin Muhamed dilahirkan di kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Pada awal tahun 1956 berkhidmat sebagai guru agama di Maktab Sultan Ismail, Kota Baharu. Beliau suka menyelidik dan mengkaji bidang-bidang agama, sejarah, seni dan budaya, politik, astronomi dan falsafah. Di samping itu beliau juga banyak menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke bahasa Melayu seorang tokoh falsafah pemikiran konsep kesenian Melayu Islam.

Nakula membincangkan persoalan konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman. Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku.

Menurut Nakula Zat Allah mempunyai dua kelompok yang penting iaitu sifat-sifat yang berikut:

1. Sifat-sifat ‘Jamal’ bererti sifat-sifat Keindahan yang sama dengan ‘Vishnu’ dalam bahasa Sanskrit.

2. Sifat-sifat‘Jalal ’ bererti sifat-sifat kehebatan yang sama dengan ‘Shiva’ dalam bahasa Sanskrit.

Tetapi sifat-sifat Jalal sentiasa tersembunyi kerana ditekan dan dikuasai oleh sifat Jamal. Oleh yang demikian sifat-sifat Jamal lebih nyata. Ini terbukti dalam gambaran hadis berbunyi, “ Allah Jamal (indah) dan cintakan Jamal (Keindahan)”. Sifat Jamal lebih kepada konsep cinta, belas kasihan dan sifat-sifat kebaikan sementara Sifat Jalal lebih kepada konsep benci, marah dan sifat-sifat keburukan.

LAMBANG BUNGA TERATAI

Dalam mentafsirkan lambang, bentuk dan sesuatu motif, Nakula telah mentafsirkan sebagai mempunyai suatu makna yang tersirat mengikut falsafah Melayu. Bunga teratai adalah mempunyai makna yang tersirat. Terdapat dua jenis lambang iaitu:

1. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Ketuhanan
2. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Kealaman

Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah ada lah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul “kudup” bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup.

Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.

Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu
yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.

Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Nakula zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar.

Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang ‘Nur Muhammad’. Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah
melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.


Nakula juga dalam falsafahnya menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu. Rajah di bawah menunjukkan makna-makna tersirat pada kuntum bunga teratai.



Sumber: Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

2 comments:

  1. I Luv bunga teratai:D Thanks for share!

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dgn saya ? Ada teratai gaib d atas kepala saya bejarak sejengkal dari kepala saya

    ReplyDelete