Saturday, October 8, 2011

TANDA KHATAM NUBUWAH


Bahagian Tengah :"Allah Wahdahu La Syaralikalah, Muhammad 'Abduhu wa Rasuluh" - Allah SWT Yang Maha ESA Tiada sekutu bagi-Nya, Nabi Muhammad SAW Hamba dan Utusan-Nya.

Baris Kanan : ''Tawajjahu Khaitsu Syi'ta'' - Kamu Hadap Kearah manapun

Baris Kiri : ''Fainnaka Manshurin'' - Maka Sesusungguhnya Kamu Akan Dibantu

Apabila Sayyidina Ali bin Abi Thalib K.W. menceritakan sifat Rasulullah SAW, maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata : ''Di antara kedua bahu Rasulullah SAW terdapat Khatam Kenabian, yaitu Khatam para Nabi'' (Riwayat Ahmad 'Ubadah ad-Dlabi 'Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari 'Umar bin 'Abdullah, dari 'Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib K.W.

Dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut:

“Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara.”

(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)

Gambar yang Anda saksikan ini adalah contoh gambar- Khatam Nubuwwah - seperti yang terdapat pada belikat (diantara kedua bahu) Rasulullah SAW.

Hadits dari riwayat At-Tirmidzhi : "Barang siapa yang berwudhuk dan melihat kepadanya akan mendapat keberkatan seperti berikut:

1. Pada waktu Subuh, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga waktu Maghrib.

2. Pada waktu Maghrib, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga waktu Subuh.

3. Pada awal bulan, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir bulan.

4. Pada awal tahun, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir tahun.

5. Pada awal perjalanan, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir perjalanan.

6. Jika ia meninggal dunia pada tahun itu, ia akan disuratkan - Mati dalam iman,

7. Siapa yang melihat kepadanya dengan penuh rasa kasih dan Iman, dalam usianya sekali sahaja, Allah s.w.t. akan memelihara ia dari semua perkara yang ia benci (mungkar) sehingga ia meninggal dunia.

Shalawat dan Salam kepada Nabi Muhammad serta keluarganya dan sahabatnya.

(POSTER INI DAPAT DICETAK/DIPRINT/DI
COPY LALU DITAMPAL DI RUMAH, KENDERAAN, DLL.) JazakumuLlah Khaira...

3 comments:

  1. sila betulkan post ini kerana anda telah menyebarkan khurafat. sila baca http://www.drhayei.com/2010/08/tanda-penutup-nubuwwah-di-bahu-nabi.html

    Isu-isu yang karut berhubung Khatam al-Nubuwwah dan sirah Nabi s.a.w sepatutnya dibersihkan daripada masyarakat kita. Kepercayaan terhadap tulisan yang dikatakan Khatam al-Nubuwwah boleh memelihara manusia daripada sebarang gangguan yang tidak diingini adalah sebahagian daripada khurafat yang sekian lama berakar umbi dalam pemikiran Melayu yang dihubungkan dengan Islam.

    ReplyDelete
  2. Xpela tampai ayat2 yang mentauhidkan Allah SWT. Cuba fahami maksudnya, Allah SWT Yang Esa Tiada sekutu baginya. Adakah salah menampal sesuatu yang mentauhidkan-Nya ? Tampal gambar artis, pemimpin, xde sape nak bising2 lak? Ada akai cuba pikir la.

    ReplyDelete
  3. Izin minta photo khotam an Nubuwahnya buat dicetak,terimaksih

    ReplyDelete