Tuesday, February 14, 2012

Bagaimana untuk menjadikan Rasulullah itu di depan mata KITA?

Dijawab oleh Sheikh Usamah As-Sayyid Al-Azhari:

1)Sentiasa membaca kalam Rasulullah sollahu ‘alahi wasallam iaitu Hadis2nya dan Sirah Baginda. Jadikan ia rutin harian.

Tambahan sheikh lagi:

‘Sheikh ‘Ali Jumaah (Mufti Mesir) membaca 40 kitab mengenai Rasulullah hingga beliau dapat mimpi Rasulullah s.a.w.‘

Rasulullah s.a.w bersabda:

من رآني في المنام فقد رآني فإن الشيطان لا يتمثل بي

~Riwayat Imam Muslim

(Maksud) Siapa melihat aku dalam mimpi,maka dia telah melihatku,kerana sesungguhnya syaitan tidak menyerupaiku.

2)Sentiasa membersihkan hati agar apa yang dibaca tentang Rasulullah itu memberi kesan.

3)Hati dipenuhi dengan penuh rasa keagungan dan hormat terhadap Rasulullah.

4)Menghilangkan hijab yang ada dalam hati iaitu Kibr (Sombong) sehingga kita ini menyerahkan diri kita kepadanya dengan mengikut segala suruhannya secara total.

Belajar tentang Rasulullah!!!

No comments:

Post a Comment