HUA = dia lelaki,
dan HIA = dia perempuan,
keduanya tidak mencapai untuk mengibaratkan tentangNya
menurut harfiyah (dan tidak dapat memberitakan tentangNya menurut lafaz;
Sedangkan HUA diertikan lelaki,
padahal Allah bukan lelaki dan bukan perempuan).
Tiada mungkin huruf itu
mengibaratkan tentang Allah Yang Maha Suci,
kerana huruf itu tergolong dari makhluk-makhlukNya.
Huruf itu laksana suradiq=debu,
atau apa yang menjulang,
yang meliputi sesuatu untuk membuat bentuk
terhadap apa yang dinyatakan oleh Allah
dari segi kebendaan.
Dan suradiq itu berada di maqar (tempat),
dan maqar itu di mustaqar (tempat yang teguh),
dan mustaqar itu di iqrar,
dan iqrar itu di qarar (tempat yang tetap),
dan qarar itu di tamkin (kedudukkan ditempat yang teguh),
dan tamkin itu rangkaian huruf dari huruf-hurufNya (yakni dari mulai kalimat suradiq maqar dan mustaqar, kesemuanya itu adalah terkepung dan terbatas,yang mana sesuatu itu bersifat dengan apa yang ditangani huruf-huruf serta yang dinamakan...kemudian sesuatu-sesuatu itu dalam iqrar dan lemah terhadap PenciptaNya...
Pencipta itulah yang memberi tamkin
kepada sesuatu-sesuatu didunia ini,
kemudian kelak akan dibinasakan bila dikehendaki olehNya.
Huruf itu menghijab erti makna,
sedang erti makna menghijab mahiyat(keadaan).
Huruf itu merupakan hijab
yang tidak dapat ditembus oleh penembus - penembus
dan tidak dapat di masuki oleh para penempuh
kecuali dengan izinKu.
Huruf yang paling tinggi adalah NamaKu,
dan huruf pertengahan adalah kemahuanKu yang keras,
dan semua huruf itu adalah bahasaKu
dan lisan-lisanKu.
Malaikat itu berkenan melapangkan Nama itu,
kerana itu adalah pintunya,
dan Jin melapangkan kemahuan keras
kerana itu adalah pintunya,
dan insan melapangkan semua huruf
kerana itu adalah pintunya.
No comments:
Post a Comment