Friday, October 22, 2010

Revert Stories: Kisah Abu Bakr (Ruben) dari Australia

Pernah dengar nama Abu Bakr? Mesti yang pertama kali menjengah benak kita adalah sosok sahabat mulia yang sangat dikasihi Rasulullah saw. Seorang sahabat yang  mula-mula sekali masuk Islam dan digelar As_Siddiq kerana setia membenarkan Rasulullah dan mempertahankan Nabi Allah dalam apa jua keadaan. seorang teman ketika hijrah Nabi, ayah mertua dan Nabi pernah berkata, jika ada orang yang paling dikasihi nabi, tentulah dianya Abu Bakr..seorang sahabat yang disebut nabi, yang diharapkan akan memasuki syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendaki. Seorang sahabat yang rela menginfakkan keseluruhan hartanya dan hanya meninggalkan Allah dan Rasul sebagai bekal untuk keluarganya. Dan semua kisah Abu Bakr yang mulia tentu banyak yang telah dihadam oleh kita.

Cuma kali ini, nak berkongsi cerita (cerita asal bleh tgk kat link ini:http://www.islam-australia.net/21st%20Century%20Revert%20Stories/abu_bakr.htm ) tentang Rubben dan pencariannya dalam agama. Tak jemu-jemu dia mendalami pelbagai agama dan mencari serta mencari jawapan untuk semua persoalan kehidupan.

Adakah kita juga begitu? Adakah kita telah benar-benar memahami Islam, mengenali Allah, mentadabbur Al-Quran dan melaksanakan kewajipan kita sebagai Muslim? atau adakah kita hanya Muslim pada nama? Renung-renungkan!

Kisah benar ini dirakamkan di dalam tesis Kepujian seorang muslimah, Sis. Tuba Boz. Individu ini kini bernama Abu Bakr, nama sahabat yang dekat kepada Rasulullah saw. Latar belakang kisah di Melbourne, Australia. Kisah ini juga salah satu bukti daripada ayat-ayat cinta Allah untuk kita fahami…

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat: Ayat 13)


Jika seseorang pernah memberitahu Abu Bakr yang satu hari dia akan bergelar Muslim, mesti jawapan yang diberikan adalah, “tidak sama sekali!!!” sebab rata-rata Mat Saleh Australia mempunyai tanggapan bahawa orang Islam/Muslim adalah pengganas. Tapi, takdir Allah mengatasi semua kemungkinan yang ada dan itulah yang berlaku kepada Bro. Abu Bakr ini.
Bila ditanya apa sebab dia mencari erti kehidupan yang sebenar, Bro. ni kata ada beberapa sebab. Pertama, ibu dan bapanya bercerai. Dia sangat-sangat bermasalah; malah ada kes polis, dan mengalami ketagihan arak. Mungkin kita rasa keadaan tuh da cukup membebankan bagi Abu Bakr. Ditambah lagi dengan kematian seorang kawan dia. Semua nih menyebabkan Abu Bakr berfikir adakah kehidupan semata-mata untuk menjadi makanan cacing (pent: dalam kubur)?

Pastuh dia berfikir lagi, apa akan jadi kalau dia mati? Adakah orang lain akan kesah dengan kematian dia kecuali beberapa orang daripada berbilion manusia atas bumi ini? Mesti lah tak. Mesti ada sebab yang lain untuk kejadian manusia atas bumi ini…!

Bermula daripada saat itu, Abu Bakr cuba mencari makna kehidupan

Sebagai permulaan, Abu Bakr bermula dengan agama Kristian. Dia cuba mendalami semua mazhab dalam Kristian tapi dia tak menjumpai jawapannya. Dia tahu, dia tak boleh tipu diri sendiri dengan menganut agama Kristian.

Dia mencari lagi:

Dia cuba cari dalam agama Hindu pula dengan berbual dengan kawan baik dia, seorang penganut agama Hindu. Adakah dengan hanya mempercayai, yang dia harus beriman dengan Tuhan ini dan Tuhan itu, dia dapat menerima? Dia berfikir, macam mana kalau Tuhan-tuhan ini tak sependapat? 

Dan hal itu dinyatakan dalam Al-Quran, surah Al-Mu’minun: Ayat 91:

Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

Dia mencari lagi;

Dalam agama Yahudi, juga dia tak menjumpai jawapan..Dan dia kemudian merasakan, mungkin agama Buddha adalah jawapannya. Tapi, Gautama tak pernah mengaku dirinya sebagai sembahan, melainkan sebagai ikutan sahaja. Jadi, agama Buddha juga bukanlah jawapannya.

Kemudian seorang kawan beragama Kristian mengesyorkan dia mendalami Islam…

Dia balas, “tak mungkin..orang Islam adalah pengganas dan dia takkan dekat dengan masjid pon!”

Tapi kemudian dia mendapati dirinya berada di masjid Preston. Dia masuk dan mula bertanya soalan kepada brothers yang ada. Dan dia dapati, takde sorang pun yang bercakap ikut sedap mulut melainkan mereka mengambil ayat daripada Al-Quran. Perkara ini mengejutkan sebab bila dia bertanya kepada paderi, dia tak pernah Nampak mereka merujuk kepada Bible melainkan percakapan kosong. Sama juga dengan agama-agama lain. Mungkin ada sorg dua yang rujuk Bible tapi Brothers yang ditemui, semua member jawapan daripada Al-Quran. Mestilah agama ini bukan berkenaan manusia sebaliknya berkenaan mukjizat al-Quran dan bermula saat itu, Bro ini memahami makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Mungkin berbulan-bulan juga sebab dia banyak sangat nk tahu!

Jadi, macam mana akhirnya Bro ini (sekarang berusia 20-an) masuk Islam?

Saat penting untuk dia membuat keputusan berlaku pada satu malam.

Malam tuh dia berbual-bual dengan beberapa Brothers. Mereka beri dia senaskhah Al-Quran untuk dia baca..Dia dah ada Al-Quran tapi dengan tulisan kecil yang agak susah dibaca. Di rumah, dia duduk di katil sambil menyalakan sebatang lilin. Dengan atmosfera yang sangat tenang, dia merasakan setting yang sangat tepat untuk dia membuat keputusan.

Dia membuka Al-Quran, membaca dan berfikir (mentadabbur). Semua ayat-ayat dia rasakan sangat tepat dengan setiap persoalan yang dia hadapi. Tapi, dia masih mahukan sesuatu yang lebih..seolah-olah dia sedang di tepi jurang gunung dan bersedia untuk terjun. Dia cuma perlukan sket tolakan untuk terjun je!

Dia memohon kepada Allah, “ ya Allah, berilah aku petunjuk, mungkin, kilat, utk dia buat keputusan dan masuk Islam dan menjadi hamba Allah! Mungkin petir, cahaya atau lilin tadi untuk menyala setinggi 2 kaki..apa shj petunjuk Ya Allah..”

Dan dia terus menunggu . . . .

Tapi takde apa-apa yang berlaku…dan dia sedikit kecewa sambil bertanya kepada Allah. “Bukankah Allah Maha Kuasa? Tunjukkanlah kepada dia sesuatu!

Tapi, memang takde apa-apa yang berlaku walaupun sedikit bunyi pon sebagai petanda yang dia mahukan…

Dengan sedikit rasa kecewa, dia meneruskan membaca Al-Quran dan subhanallah, ayat yang dibacanya ketika itu betul-betul memberikan jawapan untuk dirinya! Untuk orang-orang yang mencari petanda, tak cukupkah dengan apa yang ada? Lihatlah langit, pepohon, air, semuanya adalah petunjuk kebesaranNya dan ini adalah petunjuk untuk orang-orang yang tidak memahami!

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah:164)

Dia sangat terpana! Bro. nih pon tutup Al-Quran dan menyelubungkan diri. Itulah petunjuk yang dinantikan!

Keesokkan harinya, dia terus ke masjid dan memberitahu bahwa dia ingin menjadi Muslim. Walaupun bukan petunjuk fizikal seperti yang dia nak, tapi dia tak boleh bodoh sombong dengan ayat Allah yang dibacanya!

Jadi, adakah semudah itu utk Abu Bakr mengetepikan rasa takut dia kepada keganasan dan bahaya dalam beragama Islam?

Malam itu, sangat ramai umat di masjid. Dia kemudian menyedari bahawa malam itu malam pertama Ramadhan dan orang Islam berkumpul untuk melaksanakan solat terawih. Ade juga terdetik dalam hatinya, apa akn jadi klu dia salah mengucap syahadah..adakah orang yang ramai ini akan membunuh dia?

Dan die kemudian berdiri di hadapan, mengucapkan syahada seperti yang diajarkan. Saat itu, hilang semua rasa cemas dan berdebar, rasa seperti dia berdiri sendiri, dan mengalir kesejukan dalam dirinya. Seketika kemudian, semua brothers yang lain memeluk dia.

Dia merasakan ketakutannya terhadap Islam hilang begitu shj dengan kehangatan ukhuwwah 
yang dirasai

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfaal: Ayat 62-63)

Dan dia terus belajar mengenai Islam..belajar untuk bersolat dan berpuasa. Walaupun pada mulanya dia masih makan daging babi sbb tidak tahu akan pengharamannya, yang dia tahu dia mesti berpuasa dari terbit fajar sehingga waktu Maghrib. Memang susah pada mulanya…
Bila ditanya, adakah dengan menjadi Muslim, dia sudah berubah? Dia mengatakan, dia kini merasakan dia hidup dengan bertujuan. Dia masih merasakan dia individu yang sama seperti dulu sebab banyak perkara tentang dirinya masih sama; seperti bersikap positif.

Keluarganya juga gembira dengan keputusan yang dibuat walaupun sedikit bimbang dengan hubungan family mereka. Cuma, dia ada kehilangan beberapa kawan (so-called) sebab dia da tidak minum arak dan keluar sesaja.



Die merasakan dirinya telah ‘revert’ kpd Islam, bukannya ‘convert’ seperti yang difahami dalam konteks Barat. Sebab dia kini kembali kepada fitrah dengan melakukan apa yang disuruh oleh Penciptanya. Jadi, dia Muslim bile melakukan apa yang disuruh dan bukan Muslim jika tidak melakukan apa yang Allah suruh.

Menjadi Muslim/orang Islam adalah satu perbuatan, bukan hanya kata nama. Jika pokok2 berbuat seperti yang disuruh Allah, maka pokok itu Islam. Islam itu penyerahan. Sebaik lahir, kita semua adalah Muslim sbb, secara fitrahnya, bila bayi lapar, dia menangis, itulah fitrah dan itulah Islam! Kita semua mengikut fitrah tp semakin kita membesar, dan kita belajar drp orang atau budaya lain, ketika itu mungkin kita lari daripada Islam kerana mengikuti corak yang lain drp Islam.Sebab itu, apabila kita kembali kepada Islam, kita ’revert’ kerana kita adalah muslim sebaik lahir.

Abu Bakr kini seorang ahli psikologi dan penerbit filem. Semoga Allah merahmatinya selalu.
Buka mata dan hati kita…Lihat sekeliling dan rasakan takjub atas segala ciptaan Allah..tiada yang dapat menanding ciptaanNya!

No comments:

Post a Comment

Categories

32 rahsia Israel (1) Abu Bakr (Ruben) (1) Abu Nadjih bin Abasah Assulamy r.a. (1) Abu Talhah (1) Acai Berry (1) adab (6) adab islami (1) Agama Hindu (1) ahli hikmah (1) ahlul bait (1) Aidid Mu'addib (1) Aidilfitri (2) Aisyah binti Abu Bakar RA (1) ajar anak (1) Ajaran Syiah (2) akhlak (3) Al Fatihah (1) Al Ghaist (1) Al Hariths Al Muhasibi (1) Al-Jassasah (1) Al-Quran (1) alam (1) amalan (1) Anas Bin Malik (1) Ancaman Besar (1) As-Syamail Muhammadiyyah (1) Asyura (1) aurat (1) ayat seribu dinar (1) Badr (1) bahagia (1) bakhil (1) Bani Umayyah (1) bank rakyat (1) bergurau (1) Beri Acai (1) biola (1) blacklisted loans (1) buta (1) caci (1) cahaya (1) cela (1) cerita (1) cinta (5) cinta sejati (1) Dahri (1) Dajjal (2) doa (2) doa keluar rumah (1) duduk (1) falsafah Melayu (1) fasik (1) fiqh (1) fitnah (2) gaza (1) Ghibah (1) Habib Umar (1) hadis (21) hairan (1) haji (2) halal haram (2) halaqah (1) hari raya (1) harta (1) Hasan Al-Banna (1) http://ibnuyaacob.com (1) hukum (1) Human Touch Consultant (1) huraian (1) ibadah (1) Ibnu Mas'ud (1) ibu (3) ijtihad (1) ikhlas (2) ilmu (3) Imam Abu Hanifah (1) Imam Bukhari (1) Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari (1) Imam Ibnu Al-Jazari (1) Imam Ibnu Hajar (1) israk mi'raj (1) isteri (1) istidraj (1) istigfar (1) Istikharah (1) jana duit (1) jati diri (1) Jibril (2) kacang (1) kartini (1) kasih sayang (2) kata-kata hikmah (1) kaya (1) kebersihan (1) kejadian manusia (1) kekasih (1) Kelahiran Nabi Junjungan (3) kelebihan (1) keledai (1) keluarga (1) kenyang (1) kesopanan (1) Khadijah (1) Khairu Ummah (1) Khalifah Umar bin Abd al Aziz (1) khatamun nubuwwah (1) khilafah (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (2) koperasi (1) kulit (1) LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) (1) langit dan Bumi (1) lapar (1) Laut Yaman (1) lumayan (1) Luqmanul Hakim (1) maaf (1) madrasah (1) mahar (1) makan (2) makanan (1) Makkah (1) malaikat (1) masjid (1) masuk Islam (1) mati (1) mayat (1) mehnah (1) meja kayu (1) Melayu (1) membaca Al-Qur'an (1) menangis (1) menghulur sumbangan (1) menguap (1) menuntut ilmu (1) mimpi Nabi (1) miskin (1) Misykat (1) MLM (1) Muhammad saw (2) Muharram (1) muqarrobin (1) murah rezeki (2) muslimah (1) Nabi Ibrahim as (1) Nabi Muhammad s.a.w. (1) Nabi Musa as (1) nasihat (4) nikah (1) nikmat (1) panduan (1) pasangan hidup (1) pelaburan (1) pelajaran (1) pemaaf (1) penampilan (1) pengajian (1) pengemis (2) pengetahuan penting (1) pengurusan diri (1) pengurusna masa (1) penyakit hati (1) Perang Muslimin Versus Yahudi (1) perbaiki diri (1) perempuan (1) peringatan (1) perjalanan (1) Perjanjian Hudaibiyah (1) perkara tak manfaat (1) persinggahan (1) personal loans (1) pinjaman (1) pinjaman modal (1) Prof Dr Ahmad Syalabi (1) puasa (1) Qarnuts-Tsa'alib (1) qawa'id fiqhiyyah (1) Qiraat (1) Quran (1) qurban (2) Ramadhan (1) rantaian email (1) Rasulullah (13) rawatan (1) rawatan percuma (1) RED DEAD (1) rezeki (1) riak (1) riwayat (1) riya' (2) riyak (1) rumah (1) rumahtangga (1) Ruqyah Syar'iyyah (1) sahabat (2) Sahih Bukhari (1) Saidina Ali (1) Saidina Umar (1) Salafussoleh (1) Samiri (2) sedekah (1) sederhana (1) Sejarah (1) Selamatkan diri dari kebodohan (1) selawat (3) senarai produk haram (1) setekah wafat (1) Sheikh ‘Ali Jumaah (1) Sheikh Usamah As-Sayyid Al-Azhari (1) siddiqin (1) sikap (1) Sirah an-Nabawiyyah (1) Siti Aisyah r.a. (1) skandal melayu (1) solat (5) solat dalam kenderaan (1) Solat Jumaat (1) Solat sunat (1) solat yang diterima (1) solehah (2) solehin (1) sunnah (5) surah (1) Surah Al-Ikhlas (1) Surah Al-Kahfi (1) surah pendek (1) syair (1) syaqq (1) Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari (1) syukur (1) tabarruk (1) Tafsir Ya Sin (1) tahajjud (1) Tamak (1) tasawuf (2) tawadhu’ (1) tawaduk (1) tawaf (1) teknik kekal fokus (1) teknik mengingat (1) teman (1) Teratai (1) tidur (3) Tip mengurangkan tekanan (1) tudung (1) Umar Bin Abdul Aziz (2) Umm Sulaym (1) ummu (1) umpat (1) usahawan (1) video (1) wanita (5) wudhu (2) wuduk (1) www.akhirzaman.info/ (1) Yahudi (2) YouTube (1) zakat (1) zikir (2) zikir selepas solat (1) zulhijjah (1)

Senarai Update