Tuesday, February 15, 2011

Doa Di Murahkan Rezeki

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud 11:6)

Keterangan Ayat:


Menurut sebuah hadis riwayat al-Hakim dan al-tarmizi daripada Zaid bin Aslam r.a,beberapa org sahabat Nabi drpd keluarga al-Asy'ariyyin yg baru sampai drpd perjalanan berhijrah merasa


lapar.Mereka telah mengutuskan seorang dr kalangan mereka utk mendapatkan makanan drpd Nabi s.a.w.Apabila wakil mereka sampai ke rumah Nabi,beliau mendengar Nabi s.a.w. sedang membaca ayat


ini.Rasa yakin akan rezeki Allah menerusi ayat yg di bacakan Nabi itu menyebabkannya pulang semula tanpa meminta.Sesampainya kepada sahabat2 perjalanannya,dia terus memaklumkan bahawa rezeki


Allah akan sampai kepada mereka.Mereka menyangka bahawa beliau telah membuat permintaan kepada Nabi.Tiba2 dtglah 2 org lelaki membawa roti dan daging utk mereka.Mereka makan sepuas2nya namun


banyak lg yg tinggal.Mereka meminta agar dibawa pulang kpd Nabi utk diagihkan kpd org lain.Mereka mengucapkan terima kasih atas hidangan yg lazat itu namun Nabi menafikan penghantaran makanan


itu.Sahabat berkenaan akhirnya membuat pengakuan tidak meminta drpd Nabi kemudian mengatakan itulah dia rezeki Allah yg janjikan kepada makhluknya.




Khasiat dan Kaifiat Beramal.


Amalkan membaca ayat ini dengan penuh keyakinan akan bantuan Allah.Mintalah rezeki drpd-Nya.Dia berkuasa memberikan kurnianya yg melimpah ruah.


Sumber - Drpd buku 101 Doa para Nabi dan Rasul Dalam Al-Quran oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed.


Firman Allah s.w.t dalam surah Fathir ayat 15, maksudnya : "Wahai sekalian manusia, kamu semua mengharapkan kepada Allah,  sedangkan Allah s.w.t. itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)"

Setiap kita pasti mengharapkan kasih sayang Allah s.w.t. untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak sesuatu keburukan. Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi oleh kaedah doa itu sendiri, kesungguhan, serta keihklasan orang yang mengucapkannya.

Sesuatu doa akan dimustajabkan Allah apabila menepati waktunya, adabnya dan tentunya jika dia berpandukan kepada munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum kita. Justeru, himpunan doa dan munajat dari al-Quran ini merupakan satu usaha memberikan kepada para muslimin dan muslimat kefahaman tentang doa-doa yang Allah s.w.t. ajar kepada kita untuk mengucapkannya dalam setiap situasi yang dihadapi.

Kelebihan yang ada pada buku ini ialah setiap doa akan disandarkan kepada keterangan berkaitan latar belakang ayat dan kelebihan beramal dengan ayat-ayat tersebut berdasarkan sumber-sumber daripada kitab-kitab tafsir terkemuka karangan salaf dan khalaf seperti Tafsir Ibn Kathir, Al-Durrul Manthur, Al-Qurtubi, Adwa'ul Bayan, Fi Zilalil Quran, Al-Baidhawi, Al-Fakhrurrazi, Ibn Abi Hatim dan Al-Tabari.

Mudah-mudahan kelahiran buku ini menjadi 'catalyst' mengajak kaum muslimin muslimat kembali kepada al-Quran di samping al-Sunnah dalam pendekatan doa yang sebenarnya harus dipilih sebagai usaha mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang berlaku.

Antara doa-doa di dalam:
  • Doa untuk mendapatkan zuriat
  • Doa apabila menghadapi tekanan dan stress
  • Ayat Al-Kursi untuk menghindari pukau dan sihir
  • Doa untuk kesejahteraan ibu dan bapa
  • dan lebih 90 doa-doa lain...


Murah Rezeki

AloneAloneAlone

Friday, February 11, 2011

PENDEKATAN DAKWAH KEPADA KAUM INDIA@HINDU PENGALAMAN, KAJIAN DAN CADANGAN

Kertas kerja ini disediakan untuk bagi membantu para pendakwahnya mengenali latar belakang keagamaan, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat India di Malaysia. Perbincangan di dalam kertas kerja ini di fokuskan kepada masyarakat India yang menganut agama Hindu supaya para pendakwah dapat mengaplikasikan teknik dakwah yang khusus dan berkesan.

1.0 PENDAHULUAN
Migrasi masyarakat India ke Malaysia berlaku secara besar-besaran di awal abad ke 18. Sebahagian besar daripada mereka telah dibawa masuk oleh penjajah British untuk bekerja di sektor perladangan dan sebahagian lain pula bekerja sebagai buruh yang terlibat dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi.

Dari jumlah penduduk Malaysia seramai 23.27 juta orang (2000), hampir 9% atau 2.0 juta orang terdiri daripada orang-orang India. 70% dari masyarakat India di Malaysia adalah berketurunan Tamil. Selebihnya terdiri daripada keturunan Telegu, Malayalee, Punjabi, Bengali dan Ceylonese Tamil. Hampir 80% daripada masyarakat India di Malaysia menganut agama Hindu.

2.0 PENGENALAN KEPADA AGAMA HINDU
Selama ini, kita mempunyai tanggapan yang salah terhadap agama Hindu. Masyarakat di Malaysia menganggap menyembah berhala dan menyambut hari kebesaran keagamaan adalah agama Hindu. Yang paling malang sekali, masyarakat Hindu itu sendiri telah salah faham terhadap agama mereka. Pada hakikatnya agama Hindu adalah antara agama yang terawal berbicara tentang tauhid (Eka Tuam).

Oleh kerana tidak ada dakwah dan penguatkuasaan, agama ini telah diubah mengikut citarasa dan keperluan samasa, di mana ia berubah dari masa ke semasa. Masyarakat Hindu tidak ada satu kitab yang boleh menjelaskan konsep tauhid kepada mereka kerana hampir kesemua kitab itu adalah dalam bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit tidak mudah difahami kerana penggunaannya hampir pupus.

Perkataan Hindu tidak ada di dalam kitab-kitab agama Hindu yang awal. Agama Hindu pada mulanya dikenali dengan nama Sanadhana Dharma (agama yang kekal/lama). Penganut Hindu hari ini percaya kepada banyak dewa dan dewi yang jumlahnya sehingga ke 330 juta.
Agama Hindu telah disusun semula ke dalam enam mazhab (sub sects) yang besar oleh Athi Sankara Chariya kira-kira dua ribu tahun dahulu yang mana setiap mazhab mempunyai dewanya tersendiri. Keenam-enam dewa ini pula dikatakan berasal dari Brahman (sumber) yang sama. Mazhab-mazhab tersebut adalah Sowram iaitu pemujaan matahari (tidak popular di Malaysia), Saivam bertuhankan Siva (majoriti menganut aliran ini), Kowmaram bertuhankan dewa Subramaniam/Murugan, Vaishnawam bertuhankan Vishnu, Ganapathiyam bertuhankan dewa Ganapathy (dewa kepala gajah) dan Saaktham bertuhankan Sakthi (tuhan wanita). Semua mazhab mempunyai pengikut masing-masing kecuali Sowram. Setiap mazhab mempunyai cara beribadah, pemujaan dan mantra tersendiri.

Selain daripada itu, terdapat Trimurthi atau rangkaian tiga tuhan iaitu Brahma, Vishnu dan Siva. Setiap tuhan mempunyai tugas masing-masing iaitu Brahma tuhan yang mencipta, Vishnu tuhan yang memberi perlindungan/mentadbir dan Siva tuhan yang menghancurkan.
Dinyatakan dalam kitab Hindu, Chandogya Upanishad (Chap 6 Sec 2 Verse 1) “Ekam Evad Vitiyam” yang bermaksud “Dia hanya satu dan bukan dua”. Dalam Rig Veda, Vol.6,45:16: disebut “Tuhan hanya satu, Sembah Tuhan yang satu.” Ini membuktikan kepercayaan atau ketuhanan Hindu yang pada hari ini adalah tidak tepat.

Konsep ketuhanan Hindu berasaskan kepada penyembahan patung dan berhala yang mempunyai beberapa ciri tertentu. Ada tuhan disembah berupa manusia (seperti Rama, Subramaniam, Krishna, dll), haiwan (monyet, lembu, ular, dll) dan alam semula jadi (api, matahari, gunung-ganang, dll).

Shwetashvatara Upanishad 4:19 menyatakan “Na tasya pratima asti” yang bermaksud “Tidak ada wajah atau rupa bagiNya”. Manakala dalam kitab Panniru Thirumurai/Thevaram yang lazim digunakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia disebut “karpanai kadantha jothi KARUNAI yeh uruvam aagi” yang bermaksud “Tuhan dalam bentuk Nur yang tidak dapat dibayang rupaNya, sifatNya berupa Maha Pengasih dan Maha Penyayang”. Hakikat ini telah terlepas pandang oleh masyarakat India dan sepatutnya digunakan oleh PERKIM sebagai satu peluang atau modal untuk berdakwah kepada mereka.

Pada kepercayaan penganut Hindu, tuhan boleh menjelma menjadi manusia dan haiwan. Institusi ketuhanan Hindu sama seperti manusia, di mana mereka juga beristeri dan mempunyai anak.

Walau bagaimanapun dalam kita suci awal agama Hindu, Shwetashvatara Upanishad 6:9 menyatakan “nacasya kascij janita na cadhipah” yang bermakna “Dia tidak dilahirkan atau tidak melahirkan”. Kalau begitu dari mana pula Tuhan bapa dan Tuhan anak?
Manakala lembu pula merupakan binatang yang suci dalam agama Hindu dan diharamkan membunuhnya. Sebaliknya terdapat bukti di dalam kitab Rig Veda lembu pernah dikorbankan dan dipanggang dalam upacara keagamaan.

Matha, Pitha, Guru, Deva (Ibu, bapa, Guru dan Deva) pula merupakan konsep ibadah yang penting. Setiap masyarakat India menghormati kedua ibubapa mereka sehingga mereka menganggap ibubapa mereka sama seperti tuhan.

Kitab-kitab suci agama Hindu yang penting adalah seperti Veda (iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Soma Veda dan Atharva Veda), Upanishad, Mahabaratha, Bhagavadgita, Ramayana, Purana dan Tantaras serta kitab Panniru Thirumurai dan Thevaram.

Konsep ibadah dalam agama Hindu lebih kepada penyembahan berhala dan menyambut perayaan keagamaan seperti Deepavali, Ponggal, Thaipusam dll. Penganut Hindu percaya mereka akan dilahirkan semula setelah mereka mati. Walau bagaimanapun mereka tidak semestinya dilahirkan semula sebagai manusia. Ramai juga yang percaya tentang adanya syurga dan neraka.

Institusi sosial dalam agama Hindu banyak dipengaruhi oleh sistem kasta. Pada asalnya hanya terdapat empat kasta iaitu Brahmin, sudra, vyasa dan satria. Kemudian sistem kasta ini berkembang sehingga melebihi dua ribu kasta. Ada kasta yang bersandarkan pekerjaan turun temurun. Biasanya seseorang itu tidak boleh menukar kastanya. Akibat dari sistem kasta yang mendiskriminasi, adalah sukar untuk melihat kesamaan dan persaudaraan dalam masyarakat Hindu. Di Malaysia system kasta ini masih wujud sehingga terheret ke kancah politik. 

Sebagai contoh mereka yang menjadi ahli MIC, majoritinya terdiri daripada masyrakat yang berkasta sederhana dan keatas. Manakala golongan kasta rendah kebanyakkannya menjadi ahli parti IPF yang pernah dipimpin oleh bekas Naib Presiden MIC, iaitu mendiang Tan Sri Datuk M.G. Pandithan.

Wanita tidak mempunyai sebarang hak asasi. Sebelum berkahwin dia patuh kepada ibubapanya dan setelah berumah tangga terpaksa akur kepada suaminya. (Mahabharata 3:231.) Seorang wanita tidak boleh berkahwin semula setelah kematian suaminya. Wanita juga tidak boleh mewarisi harta keluarganya ataupun harta suaminya. Lazimnya wanita Hindu lebih suka mati sebelum suaminya mati.

3.0 KEBUDAYAAN MASYARAKAT INDIA
Masyarakat India merupakan satu kelompok manusia yang amat kaya dengan kebudayaan dan tradisi. Hampir kesemua amalan masyarakat India mempunyai nilai-nilai serta maksud yang tersirat. Namun kebudayaan dan keagamaan sering tidak dapat dipisahkan. Antara amalan-amalan yang popular di kalangan masyarakat India adalah seperti menyambut kelahiran, upacara memberi nama, menindik telinga, mencucuk hidung, meletak tanda pada dahi dan mencapai baligh. Selain itu makanan, perkahwinan dan kematian di kalangan masyarakat India juga berbeza dari kebudayaan masyarakat yang lain di Malaysia.

Pakaian tradisional masyarakat India adalah seperti sari, veesthi, pakaian Punjabi, gurtha dll. Pemakaian baju dan seluar moden diterima secara luas.

Memakan makanan di atas daun pisang merupakan salah satu adat asas masyarakat India. Daun pisang digunakan atas sebab kesihatan dan kebersihan. Manakala makanan popular orang India adalah seperti tosai, capatti, idli, vade, puri dll. Ramai orang-orang India mengamalkan pemakanan sayur-sayuran (vegetarian) di atas faktor keagamaan.

Pokok pisang mempunyai nilai tradisi yang tinggi. Biasanya pokok pisang digunakan di dalam upacara perkahwinan, menyambut hari kelahiran dan menyambut hari-hari kebesaran keagamaan. Pokok pisang melambangkan kesinabungan atau persaudaraan dan kesejahteraan yang berkekalan.

Salah satu daripada tradisi orang India adalah kolem iaitu lukisan di atas lantai. Perkataan kolem dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik. Kolem juga menggambarkan perasaan seseorang. Kolem dibuat dengan tepung beras atau beras yang dibancuh dengan warna.

Memecah buah kelapa di upacara keagamaan dan keramaian membawa maksud untuk menyelesaikan segala kebuntuan dan masalah. Di samping itu kelapa juga dipecahkan dengan diiringi doa supaya tuhan menghancurkan ketakaburan seseorang seperti mana kelapa itu berkecai, dan menyucikan hati mereka seperti isi kelapa yang putih.

Membunyikan loceng di kuil dan memainkan alat-alat muzik seperti melam (gendang) dan nadaswara adalah bertujuan untuk menarik perhatian penganut Hindu terhadap tuhan mereka dan menjauhkan suara-suara yang sumbang dari didengar oleh tuhan.

Pottu atau meletak tanda bulat di dahi mempunyai fungsi sosial dan keagamaan. Tanda merah (kum-kum) adalah simbol Dewi Sakti, tanda kuning atau cendana membawa maksud Dewa Siva dan tanda hitam pula bertujuan menolak bala dan sihir. Tanda hitam juga melambangkan seseorang itu masih dara. Kini pelbagai warna digunakan untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan. Biasanya abu putih diletak di dahi melambangkan kesucian.

4.0 TANGGAPAN PENGANUT AGAMA HINDU TERHADAP AGAMA ISLAM
i. Agama Islam adalah untuk mereka yang lahir di dalam keluarga Islam sebagaimana agama Hindu bagi mereka yang lahir dalam keluarga Hindu.

ii. Agama Islam dan agama Hindu adalah dari tuhan yang sama. Oleh itu kedua-dua agama ini adalah benar.

iii. Semua agama boleh diterima. Tidak salah seorang penganut Hindu mengamalkan ajaran agama lain termasuk Islam.

iv. Akibat publisiti negetif oleh media barat, Islam dilihat sebagai agama keganasan. Kebanyakkan Negara Islam terlibat dalam peperangan.

v. Orang Islam menyembah Kaabah. Orang Islam dilihat tawaf, rukuk dan sujud di hadapan Kaabah. Kaabah adalah berhala orang Islam kerana di dalamnya didakwa terdapat patung tuhan Siva.

vi. Masyarakat Islam lemah/pasif dan sentiasa perlu dibantu. DEB dan RMK9.

vii. Seseorang yang memeluk agama Islam akan dipaksa oleh orang Islam untuk meninggalkan keluarga dan kebudayaan asalnya.

viii. Satu kehinaan bagi keluarga apabila seseorang ahli keluarga memeluk agama Islam kerana dia tidak boleh menyertai upacara kematian keluarga Hindu.

ix. Masuk Islam dilahat sebagai masuk Melayu. Pakai songkok dan baju Melayu serta bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan Melayu.

x. Ajaran Islam menghina agama Hindu. Misalnya penyembelihan lembu secara besar-besaran. Lembu dianggap sebagai binatang yang suci.

5.0 PENDEKATAN DAKWAH KEPADA MASYARAKAT HINDU
i. DIALOG, PERJUMPAAN DAN KERJASAMA
ii. KEMPEN MENGHORMATI IBUBAPA
iii. FEISTA MAKANAN DAN FESYEN PAKAIAN INDIA
iv. PROGRAM BERSAMA DI KAMPUS
ii. BAHAN BERCETAK DALAM BAHASA TAMIL
vi. SIARAN TELEVISION DAN RADIO
vii. MENGANJURKAN SEMINAR MENGENAI SUMBANGAN MASYARAKAT INDIA TERHADAP ISLAM DI MALAYSIA

6.0 KESIMPULAN
Semoga kerta kerja ini dapat membantu kita untuk mengenali kepercayaan dan kebudayaan orang-orang India di Malaysia. Di samping itu membuka jalan untuk berdakwah kepada mereka. Adalah menjadi harapan penulis agar kita dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di Negara kita dan pada masa yang sama kita memperkenalkan budaya dan agama kita kepada mereka. Semoga perjumpaan kita ini dirahmati Allah s.w.t. Amin.
Disediakan oleh:
Ustaz Muhammad Fitri Abdullah (PERKIM)
fitriabdullah@gmail.com
012-315 9262
SEMINAR MASYARAKAT MAJMUK, 7 Mac 2010
Bilik Seri Cempaka, PKNS

Categories

Abu Bakr (Ruben) (1) Abu Nadjih bin Abasah Assulamy r.a. (1) Abu Talhah (1) Acai Berry (1) adab (6) adab islami (1) Agama Hindu (1) ahli hikmah (1) ahlul bait (1) Aidid Mu'addib (1) Aidilfitri (2) Aisyah binti Abu Bakar RA (1) ajar anak (1) Ajaran Syiah (2) akhlak (3) Al Fatihah (1) Al Ghaist (1) Al Hariths Al Muhasibi (1) Al-Jassasah (1) Al-Quran (1) alam (1) amalan (1) Anas Bin Malik (1) Ancaman Besar (1) As-Syamail Muhammadiyyah (1) Asyura (1) aurat (1) ayat seribu dinar (1) Badr (1) bahagia (1) bakhil (1) Bani Umayyah (1) bank rakyat (1) bergurau (1) Beri Acai (1) biola (1) blacklisted loans (1) buta (1) caci (1) cahaya (1) cela (1) cerita (1) cinta (5) cinta sejati (1) Dahri (1) Dajjal (2) doa (2) doa keluar rumah (1) duduk (1) falsafah Melayu (1) fasik (1) fiqh (1) fitnah (2) gaza (1) Ghibah (1) Habib Umar (1) hadis (21) hairan (1) haji (2) halal haram (2) halaqah (1) hari raya (1) harta (1) Hasan Al-Banna (1) http://ibnuyaacob.com (1) hukum (1) Human Touch Consultant (1) huraian (1) ibadah (1) Ibnu Mas'ud (1) ibu (3) ijtihad (1) ikhlas (2) ilmu (3) Imam Abu Hanifah (1) Imam Bukhari (1) Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari (1) Imam Ibnu Al-Jazari (1) Imam Ibnu Hajar (1) israk mi'raj (1) isteri (1) istidraj (1) istigfar (1) Istikharah (1) jana duit (1) jati diri (1) Jibril (2) kacang (1) kartini (1) kasih sayang (2) kata-kata hikmah (1) kaya (1) kebersihan (1) kejadian manusia (1) kekasih (1) Kelahiran Nabi Junjungan (3) kelebihan (1) keledai (1) keluarga (1) kenyang (1) kesopanan (1) Khadijah (1) Khairu Ummah (1) Khalifah Umar bin Abd al Aziz (1) khatamun nubuwwah (1) khilafah (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (2) koperasi (1) kulit (1) LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) (1) langit dan Bumi (1) lapar (1) Laut Yaman (1) lumayan (1) Luqmanul Hakim (1) maaf (1) madrasah (1) mahar (1) makan (2) makanan (1) Makkah (1) malaikat (1) masjid (1) masuk Islam (1) mati (1) mayat (1) mehnah (1) meja kayu (1) Melayu (1) membaca Al-Qur'an (1) menangis (1) menghulur sumbangan (1) menguap (1) menuntut ilmu (1) mimpi Nabi (1) miskin (1) Misykat (1) MLM (1) Muhammad saw (2) Muharram (1) muqarrobin (1) murah rezeki (2) muslimah (1) Nabi Ibrahim as (1) Nabi Muhammad s.a.w. (1) Nabi Musa as (1) nasihat (4) nikah (1) nikmat (1) panduan (1) pasangan hidup (1) pelaburan (1) pelajaran (1) pemaaf (1) penampilan (1) pengajian (1) pengemis (2) pengetahuan penting (1) pengurusan diri (1) pengurusna masa (1) penyakit hati (1) Perang Muslimin Versus Yahudi (1) perbaiki diri (1) perempuan (1) peringatan (1) perjalanan (1) Perjanjian Hudaibiyah (1) perkara tak manfaat (1) persinggahan (1) personal loans (1) pinjaman (1) pinjaman modal (1) Prof Dr Ahmad Syalabi (1) puasa (1) Qarnuts-Tsa'alib (1) qawa'id fiqhiyyah (1) Qiraat (1) Quran (1) qurban (2) Ramadhan (1) rantaian email (1) Rasulullah (13) rawatan (1) rawatan percuma (1) RED DEAD (1) rezeki (1) riak (1) riwayat (1) riya' (2) riyak (1) rumah (1) rumahtangga (1) Ruqyah Syar'iyyah (1) sahabat (2) Sahih Bukhari (1) Saidina Ali (1) Saidina Umar (1) Salafussoleh (1) Samiri (2) sedekah (1) sederhana (1) Sejarah (1) Selamatkan diri dari kebodohan (1) selawat (3) senarai produk haram (1) setekah wafat (1) Sheikh ‘Ali Jumaah (1) Sheikh Usamah As-Sayyid Al-Azhari (1) siddiqin (1) sikap (1) Sirah an-Nabawiyyah (1) Siti Aisyah r.a. (1) skandal melayu (1) solat (5) solat dalam kenderaan (1) Solat Jumaat (1) Solat sunat (1) solat yang diterima (1) solehah (2) solehin (1) sunnah (5) surah (1) Surah Al-Ikhlas (1) Surah Al-Kahfi (1) surah pendek (1) syair (1) syaqq (1) Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari (1) syukur (1) tabarruk (1) Tafsir Ya Sin (1) tahajjud (1) Tamak (1) tasawuf (2) tawadhu’ (1) tawaduk (1) tawaf (1) teknik kekal fokus (1) teknik mengingat (1) teman (1) Teratai (1) tidur (3) Tip mengurangkan tekanan (1) tudung (1) Umar Bin Abdul Aziz (2) Umm Sulaym (1) ummu (1) umpat (1) usahawan (1) video (1) wanita (5) wudhu (2) wuduk (1) www.akhirzaman.info/ (1) Yahudi (2) YouTube (1) zakat (1) zikir (2) zikir selepas solat (1) zulhijjah (1)

Senarai Update