Tuesday, May 10, 2011

Elak jenaka berunsur penghinaan

Oleh Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

JANGAN BERLEBIHAN...bergurau perlu ada batasannya dan tidak sampai menghina serta menyakitkan hati orang lain. - gambar hiasan

KITA perlu sentiasa menghitung diri; adakah orang yang berada di sekeliling berasa senang dengan tindak-tanduk yang kita lakukan? Ia menjadi muhasabah penting supaya ikatan persaudaraan berada dalam suasana harmoni tanpa sebarang persengketaan.

Apabila hubungan persaudaraan ‘tercemar’ maka akan wujud pelbagai kesan buruk seperti sikap pentingkan diri sendiri, amalan fitnah-memfitnah serta membangkitkan perasaan tidak puas hati.

Hubungan yang dinyatakan itu termasuk bagaimana cara kita berinteraksi dengan masyarakat sekeliling serta penerimaan orang ramai terhadap idea dan pendapat yang kita diutarakan.

Malah, cara bergurau juga perlu diambil perhatian kerana kita tidak boleh menganggap semua orang selesa dan dapat menerima apa kita lakukan.

Sebaliknya, kita perlu mempamerkan adab dan etika sebenar sebagai seorang Muslim iaitu menjauhi segala bentuk persengketaan. Mungkin pada kita ia bersifat gurauan, tetapi sebenarnya perbuatan itu tidak disenangi.

Apabila melakukan kesilapan kepada orang lain maka segeralah meminta maaf kepadanya. Jangan ditangguh atau merasakan kita berada di pihak benar kerana menghulur kemaafan itu amat mulia dan tinggi nilaiannya di sisi Allah SWT.

Kenapa bergurau perlu berpada-pada padahal ia dikira perbuatan yang mendatangkan keseronokan dan kegembiraan? Kadang-kadang kita bergurau bertujuan untuk mengusik, tetapi mungkin masa dan tempatnya tidak sesuai.

Malah, bergurau boleh menjadi haram jika wujudnya unsur sindiran, lucah, bertujuan menyakiti hati pihak lain serta memberi gelaran kepada seseorang dengan perkara yang tidak disukainya.

Manakala gurauan yang terpuji pula bersifat memberi penghargaan, penghormatan selain diterjemahkan dengan penuh sopan, bercakap dengan nada lembut serta menyelitkan unsur humor yang tidak berlebihan.

Jadi tidak kiralah sama ada kita bergurau dengan kawan-kawan, suami, isteri, ibu, bapa, adik-beradik, guru atau majikan ia perlu bertunjangkan dengan perkara asas berkenaan.

Rasulullah s.a.w pernah bergurau, namun semua ucapan yang keluar daripada mulut Rasulullah itu adalah wahyu Ilahi.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Surah An Najm ayat 3-4)

Perwatakan perlu bersederhana dan paling penting kita tidak boleh terlalu serius sepanjang masa. Menjadi sunnah Rasulullah s.a.w untuk menggembirakan orang lain.

Jika berduka, perlu ada cara meratapinya begitu juga apabila berada dalam gembira kita perlu bersederhana meraikannya. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w diutuskan bagi menyempurnakan akhlak manusia.

Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik contoh insan yang memiliki akhlak terpuji. Kita perlu berhati-hati supaya gurauan yang diada-adakan itu tidak menjadi bahan jenaka sehingga membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta supaya dengannya orang banyak jadi tertawa. Celakalah baginya dan celakalah. (Hadis riwayat Ahmad)

Dibimbangi juga ada kalangan kita bergurau untuk mengenakan dan menyusahkan kawannya. Contohnya, menyorok barang berharga kepunyaan kawan sehingga dia berasa susah hati.

Walaupun tujuannya hanya untuk bergurau dan berseronok, namun ia dilarang sama sekali. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Janganlah seseorang di antara kamu mengambil barang temannya. Apakah itu hanya gurau atau sungguh-sungguh dan jika ia mengambil tongkat temannya, maka dia harus mengembalikan kepada-Nya”. (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Selain itu, contoh lain yang boleh dijadikan iktibar ialah jangan mengganggu golongan yang melatah. Biasanya golongan sebegini sering menjadi tumpuan dan bahan usikan di atas kelemahannya.

Moralnya, walaupun perkara itu kelihatan menyeronokkan, tetapi ia sebenarnya tersasar daripada garis panduan Islam yang mahu umatnya saling menghormati dan tidak sesekali memalukan orang lain di khalayak umum.

Justeru, elakkan bergurau senda sehingga melampaui batas. Islam adalah agama yang mengajarkan umatnya adab ketika berbicara.

Lebih afdal kiranya, kita melebihkan kerja daripada banyak bercakap.

Biarpun sedikit, tetapi ia bermakna dan berkualiti daripada banyak berbicara, tetapi langsung tiada hasilnya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hadis Riwayat Ahmad Tirmidzi)

Terdapat beberapa kisah Rasulullah yang mengaitkan dengan cara baginda mempamerkan gurauannya. Salah satunya, Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua di mana wanita itu berkata “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.”

Perempuan itu balik dan menangis.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Baihaqi)

Gurauan Rasulullah berkenaan terkandung pelbagai pengajaran. Abu Hurairah meriwayatkan: Sahabat berkata “Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab yang maksudnya: “Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar”. (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Bagaimana dikatakan gurauan yang ditegah? Ia termasuk yang mengandungi unsur penghinaan terhadap orang lain.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina... “ (Surah al-Hurujaat ayat 11)

Ayat di atas menerangkan, kita tidak boleh mencari aib, membuka rahsia dan mengumpat sesama Muslim kerana Islam menuntut umatnya menjaga perdamaian dan persaudaraan.

Dalam Islam ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan bergurau. Nabi Muhammad s.aw. bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang mana yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan bergurau atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Maka berhati-hatilah ketika bergurau. Gurauan perlu dijadikan medan menambah erat lagi hubungan serta menceriakan. Jadikan cara Nabi Muhammad s.aw. bergurau dengan orang di sekeliling baginda.

Lihat bagaimana cara Rasulullah s.a.w menjaga adab dalam bergurau. Baginda tidak sesekali membohongi orang yang baginda bergurau, malah ia menjadi ‘seni’ yang boleh diteladani.

Perunding motivasi, Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata bergurau adalah sebahagian daripada fitrah manusia yang perlu dipenuhi.

“Bergurau bertujuan untuk mendapat kerehatan dan menghilangkan rasa kelesuan. Ia adalah keperluan hati bagi meringankan tekanan yang dihadapi seseorang.

“Rasulullah turut bergurau dengan sahabat dan isterinya, namun cara baginda bergurau penuh dengan hikmah dan memberi kesan. Maka bergurau perlu kepada batasan tertentu yang tidak sampai menyakiti hati orang lain,” katanya.

Beliau berkata menjadi kesalahan jika bergurau senda sampai ke peringkat menyerang peribadi atau mempunyai unsur penghinaan sehingga ada menyebabkan ada yang berkecil hati.

“Sedar atau tidak, apabila bergurau secara berlebihan ia membuatkan individu lain berasa diri mereka diaibkan dan dipermainkan. Kita perlu tahu jika berlaku perkara sedemikian maka hilanglah kehebatan seseorang.

“Allah murka dan merendahkan martabat golongan yang gemar bergurau secara keterlaluan selain mereka turut tidak disukai orang lain,” katanya.

Mohd Zawawi berkata banyak bergurau menyebabkan seorang itu banyak ketawa sehingga menyebabkan hati mereka menjadi keras yang pasti tidak membawa ketenangan.

“Jangan sesekali menjadikan individu lain sebagai bahan ketawa kerana dibimbangi mereka tidak menyukainya. Selain itu, bergurau berlebih-lebihan ini juga akan menyebabkan seorang itu banyak ketawa sehingga boleh mematikan hati.

“Bermula dengan bergurau ia akan menyebabkan berjangkit kepada perkara buruk lain seperti mengumpat dan mengejek yang boleh menjadi hobi yang tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata bergurau juga dari sudut yang lain boleh dikaitkan juga dengan janji seorang pemimpin kepada rakyat di bawah pimpinannya.

“Seorang pemimpin yang bertanggungjawab akan memastikan janjinya dikotakan kepada rakyat secara berperingkat-peringkat.

“Mereka tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan, malah jauh sekali menganggap ia sebagai ‘gurauan’ bagi memenangi hati rakyat,” katanya.


M41 Kelebihan Rasulullah SAWSheikh Izzuddin Abdul AzizMenangani Anak Biadap Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah KamsahMuhammad Rasulullah:The Last Prophet (Workbook Grade 1)

No comments:

Post a Comment

Categories

32 rahsia Israel (1) Abu Bakr (Ruben) (1) Abu Nadjih bin Abasah Assulamy r.a. (1) Abu Talhah (1) Acai Berry (1) adab (6) adab islami (1) Agama Hindu (1) ahli hikmah (1) ahlul bait (1) Aidid Mu'addib (1) Aidilfitri (2) Aisyah binti Abu Bakar RA (1) ajar anak (1) Ajaran Syiah (2) akhlak (3) Al Fatihah (1) Al Ghaist (1) Al Hariths Al Muhasibi (1) Al-Jassasah (1) Al-Quran (1) alam (1) amalan (1) Anas Bin Malik (1) Ancaman Besar (1) As-Syamail Muhammadiyyah (1) Asyura (1) aurat (1) ayat seribu dinar (1) Badr (1) bahagia (1) bakhil (1) Bani Umayyah (1) bank rakyat (1) bergurau (1) Beri Acai (1) biola (1) blacklisted loans (1) buta (1) caci (1) cahaya (1) cela (1) cerita (1) cinta (5) cinta sejati (1) Dahri (1) Dajjal (2) doa (2) doa keluar rumah (1) duduk (1) falsafah Melayu (1) fasik (1) fiqh (1) fitnah (2) gaza (1) Ghibah (1) Habib Umar (1) hadis (21) hairan (1) haji (2) halal haram (2) halaqah (1) hari raya (1) harta (1) Hasan Al-Banna (1) http://ibnuyaacob.com (1) hukum (1) Human Touch Consultant (1) huraian (1) ibadah (1) Ibnu Mas'ud (1) ibu (3) ijtihad (1) ikhlas (2) ilmu (3) Imam Abu Hanifah (1) Imam Bukhari (1) Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari (1) Imam Ibnu Al-Jazari (1) Imam Ibnu Hajar (1) israk mi'raj (1) isteri (1) istidraj (1) istigfar (1) Istikharah (1) jana duit (1) jati diri (1) Jibril (2) kacang (1) kartini (1) kasih sayang (2) kata-kata hikmah (1) kaya (1) kebersihan (1) kejadian manusia (1) kekasih (1) Kelahiran Nabi Junjungan (3) kelebihan (1) keledai (1) keluarga (1) kenyang (1) kesopanan (1) Khadijah (1) Khairu Ummah (1) Khalifah Umar bin Abd al Aziz (1) khatamun nubuwwah (1) khilafah (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (2) koperasi (1) kulit (1) LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) (1) langit dan Bumi (1) lapar (1) Laut Yaman (1) lumayan (1) Luqmanul Hakim (1) maaf (1) madrasah (1) mahar (1) makan (2) makanan (1) Makkah (1) malaikat (1) masjid (1) masuk Islam (1) mati (1) mayat (1) mehnah (1) meja kayu (1) Melayu (1) membaca Al-Qur'an (1) menangis (1) menghulur sumbangan (1) menguap (1) menuntut ilmu (1) mimpi Nabi (1) miskin (1) Misykat (1) MLM (1) Muhammad saw (2) Muharram (1) muqarrobin (1) murah rezeki (2) muslimah (1) Nabi Ibrahim as (1) Nabi Muhammad s.a.w. (1) Nabi Musa as (1) nasihat (4) nikah (1) nikmat (1) panduan (1) pasangan hidup (1) pelaburan (1) pelajaran (1) pemaaf (1) penampilan (1) pengajian (1) pengemis (2) pengetahuan penting (1) pengurusan diri (1) pengurusna masa (1) penyakit hati (1) Perang Muslimin Versus Yahudi (1) perbaiki diri (1) perempuan (1) peringatan (1) perjalanan (1) Perjanjian Hudaibiyah (1) perkara tak manfaat (1) persinggahan (1) personal loans (1) pinjaman (1) pinjaman modal (1) Prof Dr Ahmad Syalabi (1) puasa (1) Qarnuts-Tsa'alib (1) qawa'id fiqhiyyah (1) Qiraat (1) Quran (1) qurban (2) Ramadhan (1) rantaian email (1) Rasulullah (13) rawatan (1) rawatan percuma (1) RED DEAD (1) rezeki (1) riak (1) riwayat (1) riya' (2) riyak (1) rumah (1) rumahtangga (1) Ruqyah Syar'iyyah (1) sahabat (2) Sahih Bukhari (1) Saidina Ali (1) Saidina Umar (1) Salafussoleh (1) Samiri (2) sedekah (1) sederhana (1) Sejarah (1) Selamatkan diri dari kebodohan (1) selawat (3) senarai produk haram (1) setekah wafat (1) Sheikh ‘Ali Jumaah (1) Sheikh Usamah As-Sayyid Al-Azhari (1) siddiqin (1) sikap (1) Sirah an-Nabawiyyah (1) Siti Aisyah r.a. (1) skandal melayu (1) solat (5) solat dalam kenderaan (1) Solat Jumaat (1) Solat sunat (1) solat yang diterima (1) solehah (2) solehin (1) sunnah (5) surah (1) Surah Al-Ikhlas (1) Surah Al-Kahfi (1) surah pendek (1) syair (1) syaqq (1) Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari (1) syukur (1) tabarruk (1) Tafsir Ya Sin (1) tahajjud (1) Tamak (1) tasawuf (2) tawadhu’ (1) tawaduk (1) tawaf (1) teknik kekal fokus (1) teknik mengingat (1) teman (1) Teratai (1) tidur (3) Tip mengurangkan tekanan (1) tudung (1) Umar Bin Abdul Aziz (2) Umm Sulaym (1) ummu (1) umpat (1) usahawan (1) video (1) wanita (5) wudhu (2) wuduk (1) www.akhirzaman.info/ (1) Yahudi (2) YouTube (1) zakat (1) zikir (2) zikir selepas solat (1) zulhijjah (1)

Senarai Update