Sunday, May 15, 2011

Pengenalan kepada qawa'id fiqhiyyah

Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN

BAGI mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di peringkat sekolah menengah dan universiti, mungkin sudah biasa dengan istilah qawa'id fiqhiyyah. Ia sebenarnya adalah salah satu ilmu penting dalam ruang lingkup ilmu fiqh dan usul fiqh.

Qawa'id adalah jamak kepada perkataan kaedah. Ia bermaksud asas atau prinsip.
Sesuai dengan maksudnya dari sudut bahasa, qawa'id fiqhiyyah atau kaedah fiqh adalah merupakan prinsip-prinsip fiqh bersifat umum yang mengandungi hukum-hakam secara umum untuk disesuaikan dengan bahagian-bahagiannya.

Kemunculan kaedah fiqh banyak dipengaruhi oleh faktor tuntutan semasa. Ia muncul setelah jarak masa para ulama semakin jauh dari generasi terawal iaitu para salafussoleh.

Ini banyak mempengaruhi penetapan hukum dalam sejarah pensyariatan dan kepatuhan syariah dalam dunia umat Islam. Penetapan hukum dalam Islam telah melalui beberapa peringkat.

Peringkat yang pertama adalah pada zaman Rasulullah SAW. Pada zaman ini, penetapan hukum dilaksanakan melalui wahyu Allah SWT secara langsung iaitu al-Quran atau melalui hadis Nabi.

Para sahabat tidak berhadapan dengan kesukaran untuk mengetahui hukum pada peringkat ini kerana kesemua permasalahan yang berlaku boleh dirujuk terus kepada Rasulullah.

Bagi sahabat-sahabat yang tinggal agak jauh daripada Madinah, Rasulullah mengutuskan sahabat-sahabat yang layak berijtihad.

Sebagai contoh, bagaimana dapat dilihat melalui perakuan Baginda kepada ijtihad yang dilakukan oleh para sahabat r.a dalam hadis-hadis berikut:

lHadis yang diriwayatkan daripada sahabat Nabi SAW iaitu Muadz ibnu Jabal ketika diutus ke Yaman.Dari Muadz ibnu Jabal r.a bahawa Nabi SAW ketika mengutusnya ke Yaman,

Nabi bertanya: Bagaimana kamu jika dihadapkan permasalahan hukum?

Ia berkata: "Saya berhukum dengan kitab Allah".

Nabi berkata: "Jika tidak terdapat dalam kitab Allah?"

Dia berkata: "Saya berhukum dengan sunnah Rasulullah SAW".

Nabi berkata: "Jika tidak terdapat dalam sunnah Rasul SAW?"

Dia berkata: "Saya akan berijtihad dan tidak berlebih (dalam ijtihad)".

Maka Rasul memukul ke dada Muadz dan berkata:
"Segala puji bagi Allah yang telah sepakat dengan utusannya (Muadz) dengan apa yang diredai Rasulullah SAW," (riwayat At-Thabrani).

lDemikian juga ia didasari dengan hadis berikut: Maksudnya:
"Terdapat dua orang sahabat yang keluar musafir bersama-sama. Ketika dalam perjalanan, datanglah waktu solat, namun mereka tidak memperolehi air untuk berwuduk.Mereka lalu bertayammum dengan tanah yang suci, lalu solat.

Setelah selesai solat, tiba-tiba mereka mendapati air, sedangkan waktu solat masih ada. Salah seorang daripada mereka berwuduk lalu mengulangi solatnya, sedangkan seorang lagi tidak mengulangi solatnya.

Setelah pulang, mereka bertemu dan menceritakan kepada Rasulullah kejadian yang mereka alami.

Rasulullah berkata kepada yang tidak mengulangi solatnya: "Kamu telah mengikuti sunnah dan solat yang kamu lakukan telah cukup bagimu."

Sedangkan kepada yang mengulangi wuduk dan solatnya beliau berkata: "Kamu mendapat dua pahala". (riwayat Abu Daud dan an-Nasaie)

Hadis-hadis ini membuktikan bahawa umat Islam dibenarkan melakukan ijtihad khususnya dalam keadaan tidak mempunyai rujukan yang jelas dalam al-Quran dan sunnah.

Anda Bertanya Saya Menjawab Tentang Masalah Agama : Prof. Dato Paduka Dr Mahmood ZuhdiWasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama
Mohd Solleh Abdul RazakWater for Elephants

No comments:

Post a Comment

Categories

Abu Bakr (Ruben) (1) Abu Nadjih bin Abasah Assulamy r.a. (1) Abu Talhah (1) Acai Berry (1) adab (6) adab islami (1) Agama Hindu (1) ahli hikmah (1) ahlul bait (1) Aidid Mu'addib (1) Aidilfitri (2) Aisyah binti Abu Bakar RA (1) ajar anak (1) Ajaran Syiah (2) akhlak (3) Al Fatihah (1) Al Ghaist (1) Al Hariths Al Muhasibi (1) Al-Jassasah (1) Al-Quran (1) alam (1) amalan (1) Anas Bin Malik (1) Ancaman Besar (1) As-Syamail Muhammadiyyah (1) Asyura (1) aurat (1) ayat seribu dinar (1) Badr (1) bahagia (1) bakhil (1) Bani Umayyah (1) bank rakyat (1) bergurau (1) Beri Acai (1) biola (1) blacklisted loans (1) buta (1) caci (1) cahaya (1) cela (1) cerita (1) cinta (5) cinta sejati (1) Dahri (1) Dajjal (2) doa (2) doa keluar rumah (1) duduk (1) falsafah Melayu (1) fasik (1) fiqh (1) fitnah (2) gaza (1) Ghibah (1) Habib Umar (1) hadis (21) hairan (1) haji (2) halal haram (2) halaqah (1) hari raya (1) harta (1) Hasan Al-Banna (1) http://ibnuyaacob.com (1) hukum (1) Human Touch Consultant (1) huraian (1) ibadah (1) Ibnu Mas'ud (1) ibu (3) ijtihad (1) ikhlas (2) ilmu (3) Imam Abu Hanifah (1) Imam Bukhari (1) Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari (1) Imam Ibnu Al-Jazari (1) Imam Ibnu Hajar (1) israk mi'raj (1) isteri (1) istidraj (1) istigfar (1) Istikharah (1) jana duit (1) jati diri (1) Jibril (2) kacang (1) kartini (1) kasih sayang (2) kata-kata hikmah (1) kaya (1) kebersihan (1) kejadian manusia (1) kekasih (1) Kelahiran Nabi Junjungan (3) kelebihan (1) keledai (1) keluarga (1) kenyang (1) kesopanan (1) Khadijah (1) Khairu Ummah (1) Khalifah Umar bin Abd al Aziz (1) khatamun nubuwwah (1) khilafah (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (2) koperasi (1) kulit (1) LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) (1) langit dan Bumi (1) lapar (1) Laut Yaman (1) lumayan (1) Luqmanul Hakim (1) maaf (1) madrasah (1) mahar (1) makan (2) makanan (1) Makkah (1) malaikat (1) masjid (1) masuk Islam (1) mati (1) mayat (1) mehnah (1) meja kayu (1) Melayu (1) membaca Al-Qur'an (1) menangis (1) menghulur sumbangan (1) menguap (1) menuntut ilmu (1) mimpi Nabi (1) miskin (1) Misykat (1) MLM (1) Muhammad saw (2) Muharram (1) muqarrobin (1) murah rezeki (2) muslimah (1) Nabi Ibrahim as (1) Nabi Muhammad s.a.w. (1) Nabi Musa as (1) nasihat (4) nikah (1) nikmat (1) panduan (1) pasangan hidup (1) pelaburan (1) pelajaran (1) pemaaf (1) penampilan (1) pengajian (1) pengemis (2) pengetahuan penting (1) pengurusan diri (1) pengurusna masa (1) penyakit hati (1) Perang Muslimin Versus Yahudi (1) perbaiki diri (1) perempuan (1) peringatan (1) perjalanan (1) Perjanjian Hudaibiyah (1) perkara tak manfaat (1) persinggahan (1) personal loans (1) pinjaman (1) pinjaman modal (1) Prof Dr Ahmad Syalabi (1) puasa (1) Qarnuts-Tsa'alib (1) qawa'id fiqhiyyah (1) Qiraat (1) Quran (1) qurban (2) Ramadhan (1) rantaian email (1) Rasulullah (13) rawatan (1) rawatan percuma (1) RED DEAD (1) rezeki (1) riak (1) riwayat (1) riya' (2) riyak (1) rumah (1) rumahtangga (1) Ruqyah Syar'iyyah (1) sahabat (2) Sahih Bukhari (1) Saidina Ali (1) Saidina Umar (1) Salafussoleh (1) Samiri (2) sedekah (1) sederhana (1) Sejarah (1) Selamatkan diri dari kebodohan (1) selawat (3) senarai produk haram (1) setekah wafat (1) Sheikh ‘Ali Jumaah (1) Sheikh Usamah As-Sayyid Al-Azhari (1) siddiqin (1) sikap (1) Sirah an-Nabawiyyah (1) Siti Aisyah r.a. (1) skandal melayu (1) solat (5) solat dalam kenderaan (1) Solat Jumaat (1) Solat sunat (1) solat yang diterima (1) solehah (2) solehin (1) sunnah (5) surah (1) Surah Al-Ikhlas (1) Surah Al-Kahfi (1) surah pendek (1) syair (1) syaqq (1) Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari (1) syukur (1) tabarruk (1) Tafsir Ya Sin (1) tahajjud (1) Tamak (1) tasawuf (2) tawadhu’ (1) tawaduk (1) tawaf (1) teknik kekal fokus (1) teknik mengingat (1) teman (1) Teratai (1) tidur (3) Tip mengurangkan tekanan (1) tudung (1) Umar Bin Abdul Aziz (2) Umm Sulaym (1) ummu (1) umpat (1) usahawan (1) video (1) wanita (5) wudhu (2) wuduk (1) www.akhirzaman.info/ (1) Yahudi (2) YouTube (1) zakat (1) zikir (2) zikir selepas solat (1) zulhijjah (1)

Senarai Update