Kelebihan mendapat fokus dalam kehidupan seharian kita ialah :
1. Dapat memanfaatkan masa sepenuhnya.
2. Dapat menjana pemikiran yang positif dalam diri kita.
3. Dapat melenyapkan sifat malas dalam diri kita.
4. Dan sebagainya...
Terdapat beberapa teknik untuk memastikan kita fokus untuk melakukan sesuatu perkara.
1. Sebelum tidur, tulis satu senarai tugasan yang hendak dilakukan pada keesokkan hari.
2. Pastikan kita mendapat rehat yang mencukupi. Waktu ideal untuk kita tidur ialah antara pukul 10 - 11 malam dan bangun semula pada pukul 6 pagi.
3. Elakkan tidur selepas solat subuh.
4. Selepas bangun tidur, minum segelas air mineral dan lakukan senaman ringan untuk memberi kecergasan pada diri.
5. Laksanakan tugasan yang telah disenaraikan satu per satu. Jangan lakukan semua tugasan secara serentak kerana ianya akan memenatkan minda anda.
6. Plan waktu untuk rehat sebaiknya.
7. Setiap 50 minit melakukan tugasan, rehatkan minda selama 10 minit.
8. Akhir sekali, DISIPLIN. Disiplinkan diri anda untuk melakukan tugasan yang disenaraikan.
Artikel dipetik dari : http://www.melayumall.com/tips-panduan/5-teknik-untuk-fokus-dalam-kehidupan-seharian.html
Motivasi
No comments:
Post a Comment