Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam.
Ianya
merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat
Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan
kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari
dalam setahun.
Permulaan
penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham
Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini
adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan
Islam pada zamannya.
Riwayat
juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan
surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun
bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.
Bermula
daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar /
taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan
kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan
bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada
penyusunan takwim berdasarkan falak syar'ie.
Sebelum
kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada
berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah,
Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal
dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Maka
Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling
agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan
tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.
Walaupun
tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa
hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam
meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini
kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih
lagi di sisi Allah.
Kalendar
ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke
Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan
Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu,
Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat
berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar
itu.
Di
antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat
ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa
dibangunkan.
Perbandingan
kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan
kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati
bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan
itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam
yang rasmi.
Sebab-sebab berlaku Hijrah
Ia
bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap
serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah
yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda
Rasulullah s.a.w.
Atas
dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang
masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke
kota Madinah.
Bagi
yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan
dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi
Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat
97 surah an-Nisaa yang bermaksud :
"Sesungguhnya
orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri
mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan
bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang
tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata :
Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?
Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat
kembali."
Hijrah adalah sunnah para anbiya
Hijrah
bukan sahaja berlaku ke atas diri Nabi Muhammad s.a.w sahaja, malah
telah terdahulu daripadanya para Anbiya seperti Nabi Ibrahim, Musa, Isa,
Yusuf alaihimussalam dan lain-lain, ia berlaku kerana penentangan yang
amat keras di kalangan masyarakatnya yang tidak dapat menerima dakwah
atau seruan yang dibawa oleh mereka.
Maka berlakulah penentangan antara hak dan batil yang memang menjadi lumrah dan semulajadi hingga hari Kiamat.
Justeru,
para Anbiya semuanya telah dijemput oleh Allah di sisinya, agama-Nya
yang benar itu diwarisi oleh mereka yang cintakan Allah dan Rasul-Nya,
maka golongan pewaris Islam sampai bila-bila berdepan dengan tribulasi
ciptaan manusia yang tidak senang Islam mendapat sambutan menggalakkan.
Allah
tidak akan membiarkan agama Islam terkulai layu tanpa yang
menyambutnya, maka dia memilih di kalangan hamba-hambaNya
individu-individu yang sanggup berkorban untuk agama-Nya, namun mereka
terpaksa berdepan dengan ujian, cubaan, tribulasi yang direka oleh
manusia-manusia yang tidak berapa senang Islam mendapat tempat di hati
manusia, walaupun yang membencinya bernama Islam, tetapi pada masa yang
sama menganut fahaman Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme,
Nasionalisme, dan lain-lain.
Mereka
berusaha untuk menangkap, memenjara, membunuh golongan yang
mendaulatkan Islam tanpa bicara dan bukti yang sah lagi kukuh untuk
menuduh mereka, ia sedang berlaku di negara-negara yang diperintah umat
Islam sampai hari ini, khususnya mereka yang tidak meletakkan Islam
sebagai agama perlembagaan negara.
Maka
berlakulah penghijrahan golongan ulama’ yang terpaksa meninggalkan
negara masing-masing bukan atas alasan takut, tetapi kejahatan golongan
pemerintah memuncak yang memaksa mereka keluar untuk mencari lokasi yang
difikirkan munasabah untu meneruskan aktiviti dakwah di situ.
Rasulullah sendiri pernah menjadi sasaran musuh
Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal:
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala
daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh
serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat
dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah
sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan) ."
Jelas
ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat
terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka
memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada
melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau
membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan
sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia
dirancang sendiri orang yang bernama Islam.
Sesungguhnya
hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat
tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan
keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi
Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut : "Dan berkatalah
Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang
diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana."
Pengajaran daripada peristiwa Hijrah
Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:
1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).
2.
Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada
Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang
seronok tidur.
3.
Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan
maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin
Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.
4.
Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh
dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing
yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.
5.
Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam
kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu
Talib menggantikan tempat tidurnya.
6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.
7.
Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah
Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja
dakwah.
Sesungguhnya
setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai
anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam
pada kadar yang termampu.
Perkara sunat yang dilakukan di bulan Muharam
1. Digalakkan berpuasa sunat pada awal Muharram.
2. Digalakkan berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram.
No comments:
Post a Comment