Tuesday, October 19, 2010

Rumah Dibina Berasaskan Takwa Disukai Malaikat

Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

Kediaman hendaklah bersih, dihuni isteri solehah, orang bersilaturahim dan tak amal bidaah

DALAM Islam, besar atau kecil rumah itu bukan menjadi kayu ukur untuk menilai sama ada penghuninya kuat membuat amal ibadat kepada Allah atau sebaliknya. Bagi orang Islam, rumah bukan saja sekadar tempat tinggal untuk berlindung dari panas matahari atau sejuk hujan tetapi tempat untuk membuat amal ibadat kepada Allah selain di masjid dan surau. Sebagai tempat ibadat, rumah orang Muslim sewajarnya bersih, suci dan sentiasa disukai malaikat rahmat. Siapa malaikat rahmat? Dalam al-Quran terdapat firman Allah yang menceritakan perihal malaikat. Ia adalah hamba Allah yang taat dan patuh atas apa saja yang diperintahkan Allah. Ertinya mereka tidak pernah sekali-kali ingkar atau menderhaka kepada Allah.

Dalam al-Quran (Surah al-Tahrim: 6) Allah berfirman maksudnya: "Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Dalam Surah al-Nahl: 30 pula Allah berfirman maksudnya: "Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaan-Nya) serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan (meliputi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan kerana bahawasanya yang ditegah dilarang melakukannya)."

Malaikat adalah hamba yang dimuliakan. Allah menjadikan mereka daripada cahaya. Mereka tidak makan dan minum. Tidak bernikah dan berketurunan, tidak bersifat dengan sifat lelaki atau perempuan.

Menurut apa yang dicatat oleh Muhammad As-Sayim dalam sebuah buku tulisannya, ada antara malaikat yang berdiri bertakbir kepada Allah beribu-ribu tahun. Ada antara mereka yang rukuk mengagungkan Tuhannya sejak beribu tahun dan ada di antaranya yang sujud bertasbih sejak beribu-ribu tahun. Ada di kalangan malaikat itu Allah jadikan mereka utusan untuk nabi seperti Jibril kepada Nabi Muhammad.

Firman Allah dalam al-Quran yang maksudnya: "Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap dua, tiga dan empat. Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakan-Nya apa jua yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." Surah Fathir: 1.

Allah juga mewakilkan bagi tiap-tiap seorang manusia kawan dari kalangan malaikat dan kawan dari kalangan jin. Daripada Ibnu Masud r.a. katanya bersabda Rasulullah yang bermaksud: "Tiada seorang daripada kamu melainkan diwakilkan kepadanya kawan daripada jin dan kawan daripada malaikat."

Setelah mengenali malaikat dan tugasnya, satu asas yang membolehkan rumah orang Islam disukai malaikat rahmat (kenikmatan dan anugerah) ialah rumah yang bersih, dipenuhi dengan zikir, meriah dengan bacaan ayat suci al-Quran, menjalani kehidupan sehari-hari cara Islam dan dalam lingkungan sunnah nabi, makanan dan minumannya halal dan yang dikira penting penghuninya menjadikan rumah tempat rukuk dan sujud membesarkan Allah yang Maha Besar, Maha Agung, Maha Perkasa dan Maha Berkuasa atas segala-gala yang ada di atas dunia ini.

Rumah yang disebutkan itu adalah antara ciri-ciri rumah yang sentiasa dalam perhubungan dengan Allah sekali gus menjadikan rumah itu dikasihi Allah dan cahaya Muhammad. Dalam Surah al-Taubah: 112 Allah berfirman maksudnya: "Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."

Selain itu, rumah yang dibina berasaskan ketakwaan kepada Allah akan juga mendapat kunjungan dan disukai malaikat rahmat. Bila ini berlaku penghuninya akan menjalani kehidupan yang tenang, damai, tenteram, sejahtera serta berkasih sayang dalam bahagia.

Rumah yang dibina berasaskan ketakwaan tidak semestinya cantik reka bentuknya dan penuh perhiasan perabot yang antik dan mahal tetapi cukup dalam keadaan serba sederhana dalam semua segi: reka bentuk, perhiasan, makanan, minuman atau pakaian penghuninya.

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman, katanya Rasulullah menegah kita minum dalam bekas emas dan perak, serta makan di dalamnya, juga daripada memakai sutera yang duduk di atasnya.

Memadailah jika diutamakan hidup ini secara sederhana tetapi suci, bersih dan elok dipandang mata. Sifat demikian sebahagian dari ciri-ciri akhlak mulia. Dan Allah amat mengasihi orang-orang yang suka kepada kesucian dan sentiasa memelihara kebersihan. 

Firman Allah bermaksud: "Dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)." Surah al-Taubah: 108.

Lain-lain rumah yang disukai malaikat rahmat sekali gus tidak dimasuki syaitan adalah rumah yang dihuni isteri solehah, orang yang bersilaturahim, orang yang tidak menerima perkara bid'ah, orang bersifat benar dan memenuhi janji, orang yang bersifat pemaaf dan berbuat baik, orang yang berbuat baik terhadap ibu bapa, yang tiada perbuatan haram di dalamnya, orang yang menyimpan rahsia, orang yang merendah diri serta yang tidak menerima perkara keji.

Apapun, sebelum dikunjungi dan disukai malaikat rahmat, yang penting rumah orang Muslim wajib disinarkan dengan al-Quran dan diterangi dengan zikrullah dan penghuninya wajib menghiasi diri dengan mempelajari syariat Allah. Firman Allah dalam Surah al-Nur: 36 bermaksud: "(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingatkan nama Allah padanya, di situ juga dikerjakan ibadat menyuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang."

Sumber: Mukmin.com

No comments:

Post a Comment

Categories

Abu Bakr (Ruben) (1) Abu Nadjih bin Abasah Assulamy r.a. (1) Abu Talhah (1) Acai Berry (1) adab (6) adab islami (1) Agama Hindu (1) ahli hikmah (1) ahlul bait (1) Aidid Mu'addib (1) Aidilfitri (2) Aisyah binti Abu Bakar RA (1) ajar anak (1) Ajaran Syiah (2) akhlak (3) Al Fatihah (1) Al Ghaist (1) Al Hariths Al Muhasibi (1) Al-Jassasah (1) Al-Quran (1) alam (1) amalan (1) Anas Bin Malik (1) Ancaman Besar (1) As-Syamail Muhammadiyyah (1) Asyura (1) aurat (1) ayat seribu dinar (1) Badr (1) bahagia (1) bakhil (1) Bani Umayyah (1) bank rakyat (1) bergurau (1) Beri Acai (1) biola (1) blacklisted loans (1) buta (1) caci (1) cahaya (1) cela (1) cerita (1) cinta (5) cinta sejati (1) Dahri (1) Dajjal (2) doa (2) doa keluar rumah (1) duduk (1) falsafah Melayu (1) fasik (1) fiqh (1) fitnah (2) gaza (1) Ghibah (1) Habib Umar (1) hadis (21) hairan (1) haji (2) halal haram (2) halaqah (1) hari raya (1) harta (1) Hasan Al-Banna (1) http://ibnuyaacob.com (1) hukum (1) Human Touch Consultant (1) huraian (1) ibadah (1) Ibnu Mas'ud (1) ibu (3) ijtihad (1) ikhlas (2) ilmu (3) Imam Abu Hanifah (1) Imam Bukhari (1) Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari (1) Imam Ibnu Al-Jazari (1) Imam Ibnu Hajar (1) israk mi'raj (1) isteri (1) istidraj (1) istigfar (1) Istikharah (1) jana duit (1) jati diri (1) Jibril (2) kacang (1) kartini (1) kasih sayang (2) kata-kata hikmah (1) kaya (1) kebersihan (1) kejadian manusia (1) kekasih (1) Kelahiran Nabi Junjungan (3) kelebihan (1) keledai (1) keluarga (1) kenyang (1) kesopanan (1) Khadijah (1) Khairu Ummah (1) Khalifah Umar bin Abd al Aziz (1) khatamun nubuwwah (1) khilafah (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (2) koperasi (1) kulit (1) LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) (1) langit dan Bumi (1) lapar (1) Laut Yaman (1) lumayan (1) Luqmanul Hakim (1) maaf (1) madrasah (1) mahar (1) makan (2) makanan (1) Makkah (1) malaikat (1) masjid (1) masuk Islam (1) mati (1) mayat (1) mehnah (1) meja kayu (1) Melayu (1) membaca Al-Qur'an (1) menangis (1) menghulur sumbangan (1) menguap (1) menuntut ilmu (1) mimpi Nabi (1) miskin (1) Misykat (1) MLM (1) Muhammad saw (2) Muharram (1) muqarrobin (1) murah rezeki (2) muslimah (1) Nabi Ibrahim as (1) Nabi Muhammad s.a.w. (1) Nabi Musa as (1) nasihat (4) nikah (1) nikmat (1) panduan (1) pasangan hidup (1) pelaburan (1) pelajaran (1) pemaaf (1) penampilan (1) pengajian (1) pengemis (2) pengetahuan penting (1) pengurusan diri (1) pengurusna masa (1) penyakit hati (1) Perang Muslimin Versus Yahudi (1) perbaiki diri (1) perempuan (1) peringatan (1) perjalanan (1) Perjanjian Hudaibiyah (1) perkara tak manfaat (1) persinggahan (1) personal loans (1) pinjaman (1) pinjaman modal (1) Prof Dr Ahmad Syalabi (1) puasa (1) Qarnuts-Tsa'alib (1) qawa'id fiqhiyyah (1) Qiraat (1) Quran (1) qurban (2) Ramadhan (1) rantaian email (1) Rasulullah (13) rawatan (1) rawatan percuma (1) RED DEAD (1) rezeki (1) riak (1) riwayat (1) riya' (2) riyak (1) rumah (1) rumahtangga (1) Ruqyah Syar'iyyah (1) sahabat (2) Sahih Bukhari (1) Saidina Ali (1) Saidina Umar (1) Salafussoleh (1) Samiri (2) sedekah (1) sederhana (1) Sejarah (1) Selamatkan diri dari kebodohan (1) selawat (3) senarai produk haram (1) setekah wafat (1) Sheikh ‘Ali Jumaah (1) Sheikh Usamah As-Sayyid Al-Azhari (1) siddiqin (1) sikap (1) Sirah an-Nabawiyyah (1) Siti Aisyah r.a. (1) skandal melayu (1) solat (5) solat dalam kenderaan (1) Solat Jumaat (1) Solat sunat (1) solat yang diterima (1) solehah (2) solehin (1) sunnah (5) surah (1) Surah Al-Ikhlas (1) Surah Al-Kahfi (1) surah pendek (1) syair (1) syaqq (1) Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari (1) syukur (1) tabarruk (1) Tafsir Ya Sin (1) tahajjud (1) Tamak (1) tasawuf (2) tawadhu’ (1) tawaduk (1) tawaf (1) teknik kekal fokus (1) teknik mengingat (1) teman (1) Teratai (1) tidur (3) Tip mengurangkan tekanan (1) tudung (1) Umar Bin Abdul Aziz (2) Umm Sulaym (1) ummu (1) umpat (1) usahawan (1) video (1) wanita (5) wudhu (2) wuduk (1) www.akhirzaman.info/ (1) Yahudi (2) YouTube (1) zakat (1) zikir (2) zikir selepas solat (1) zulhijjah (1)

Senarai Update