Halangan besar yang pertama buat dirinya adalah kemarahan suaminya, Malik bin Nadhir. Malik yang baru pulang dari permusafiran amat terkejut dan baran dgn keislaman Umm Sulaym. Malik berkata dengan kemarahan yang memuncak, “Apakah engkau murtad dari agamamu?!”Tanpa gugup Umm Sulaym menjawab, “Tidak, bahkan aku telah beriman.”
Lagi-lagi menambahkan kemarahan Malik adalah tindakan Umm Sulaym yang ketika itu juga mengajarkan anaknya, Anas untuk bersyahadah. Anas yang masih kecil itu menurut ucapan ibunya, `Ashhadualla ilahaillAllah, wa ashhaduanna Muhammadar Rasulullah.`
“Jangan engkau merosakkan dia!“ tengking Malik. “Aku sama sekali tidak merosakkan anakku.“ tegas Umm Sulaym. Malik kemudian meninggalkannya dan diceritakan telah dibunuh oleh musuhnya tidak lama selepas itu.
Umm Sulaym kemudian menumpukan sepenuh tenaganya mendidik Anas. Dia bertekad untuk tidak berkahwin lagi, melainkan dipersetujui oleh Anas. Umm Sulaym menyerahkan Anas kepada Rasulullah saw untuk berkhidmat kpd baginda setiap masa. Beliau juga mengajar Anas supaya menjaga segala rahsia baginda, walaupun terhadap diri Umm Sulaym sendiri. Hasilnya, jadilah Anas bin Malik r.a seorang sahabat Rasulullah yang begitu arif dalam ilmu-ilmu islam dan sangat banyak meriwayat hadith. Apabila Anas pulang, beliau pasti menanyakan Anas apa yang dipelajarinya dari Rasulullah hari itu.
Berita tentang Umm Sulaym yang keseorangan telah sampai ke pengetahuan Abu Talhah, seorang bangsawan kacak & hartawan, menjadi kegilaan wanita-wanita Madinah. Selain merupakan seorang yang mahir dengan kuda & pemanah yang handal, dia juga berasal dari suku yang sama dengan Umm Sulaym, Banu Najjar. Abu Talhah ingin meminang & dia begitu yakin Umm Sulaym tidak akan menolaknya.
“Lelaki sepertimu, Abu Talhah… tidak mudah untuk ditolak. Tetapi aku tidak akan berkahwin denganmu kerana engkau tidak beriman.” Menyangka Umm Sulaym menolaknya kerana sudah menemui seseorang yang lebih kaya dan berpengaruh dari dirinya, Abu Talhah berkata, “Apa sebenarnya yang menghalangmu dari menerimaku? Emas & perak?“ “Emas & perak?” kecewa dgn tekaan Abu Talhah, Umm Sulaym bernada sedikit sinis. “Demi Allah, jika engkau memeluk Islam, aku sudi menerimamu sebagai suamiku, tanpa sebarang emas & perak. Maharku hanyalah keislaman dirimu.”
Abu Talhah diam. Dia mengerti maksud ucapan Umm Sulaym. Fikirannya melayang mengenang berhala-berhalanya. Peluang dakwah terbuka di depan mata, Umm Sulaym meneruskan bicara, “Tidakkah engkau perhatikan, berhalamu itu tumbuh dari bumi? Tidakkah merasa sia-sia menyembah bagian pokok, yang engkau ukir sendiri dan selebihnya engkau bakar pula untuk membuat roti? Tinggalkan kepercayaan karut itu dan jika engkau beriman kepada Allah, aku sudi menerimamu sebagai suamiku dan aku tidak mahu apa-apapun pemberian melainkan keislamanmu.”
Abu Talhah meninggalkan rumah Umm Sulaym dan berfikir sedalam-dalamnya kata-kata wanita itu. Dia tahu Umm Sulaym bukan wanita yang sengaja suka bermain merayu kemewahan. Dia kembali dengan wajah yang cerah sekali. “Aku berada di atas apa yang engkau yakini. Ashhadualla ilahaillAllah, wa ashhaduanna Muhammadar Rasulullah!” Pernikahan mereka berlangsung dan Anas begitu senang hati. Muslimin Madinah lantas berkata, “Kami tidak pernah dengar mahar yang lebih mahal & berharga dari Umm Sulaym, kerana dia telah menjadikan Islam maharnya.“
No comments:
Post a Comment