Saturday, October 15, 2011

SYIAH BERIKTIQAD SEMUA IMAMNYA MAKSUM BUKAN HANYA NABI DAN RASUL


SIAPA AHLUL BAIT ?

Terlebih dahulu sebelum tuan-puan membaca artikel ini suka dijelaskan di sini bahawa maklumat yg terdapat padanya adalah hasil dari telahan pada beberapa buku yg ada dalam simpanan dan juga infomasi yg terpaksa diambil dari internet bagi menyokong maklumat dari buku2 tersebut. Juga sertakan di sini tarikh2 bagi kemudahan penilaian terhadap peristiwa, keadaan dan masa berlakunya kejadian pada masa itu seperti yg akan dipaparkan di bawah ini nanti. Penyusunan artikel ini tidak dibuat dalam bentuk akedemik tetapi ringkas dan mudah bagi keselesaan para pembacaan dari kalangan org awam dan umum.

Mukadimah
Seperti tajuk yg tertera di atas ini, dikumpulkan di sini beberapa riwayat2 mengenai kemuliaan -nasab atau keturunan- RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam menurut versi Ahlus Sunnah wal Jamaah bukan versi Syiah atau dahulunya dikenali dgn nama Rafidhah dan tidak juga diletakkan pada pandangan versi Wahabi, semuanya dilihat dari sudut pandangan Islam yg ditulis oleh ulama2 yg ahli dan diperakui dari golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah, namun begitu disertakan juga beberapa text maklumat penulis Syiah sendiri yg menyentuh soal sumbangan beberapa ulama’ Ahli Sunnah yg bersama dgn golongan ahlul-bait dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di masa lalu, Insya’Allah dengan adanya semua keterangan2 ini pembaca boleh mengetahui jatuh bangunnya dan perkara sebenarnya berkenaan salasilah nasab keturunan RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam yg tidak pernah terputus dan akan terus kekal terpelihara drpd sebarang fitnah baik yg ditimbulkan oleh puak Wahabi maupun oleh ketaksuban puak Syiah yg melampau2 dalam mengagongkannya dan memuliakan golongan ahlul-bait dgn cara yg salah dan bercanggah dgn aqidah Islam, sungguh Allah Subhanawa Ta’ala akan pelihara nasab ahlul-bait tetap berada dalam manhaj yg betul dan benar dan akan wujud sehingga ke akhir zaman.

Menyentuh soal nasab atau keturunan RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam ini artikel ini tidak bermaksud untuk membuka ruang perdebatan tetapi sekadar utk menjelaskan kedudukan bagi pihak Ahlus Sunnah wal Jamaah melalui tulisan ulama Ahlus Sunnah dan beberapa penulisan pihak lain yg menurut neraca peribadi penulis ianya jujur dan tidak berat sebelah dan semua ini dilakukan dgn niat tidak lain hanyalah utk menyampaikan wasiat RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam kpd umat Islam yg mungkin belum pernah mendengarnya atau mengenalinya, siapa itu ahlul-bait.

Ini juga kerana semua yg diwasiatkan serta yg dianjurkan oleh RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam kpd kita adalah wahyu dari Allah Subhanawa Ta’ala sebagaimana Firman-Nya:

وَمَا اَتَاكُمُ الرَّسُوْلُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا

“Apa yang diberikan Rasul (Muhammad sallaLlahu’alaihi wassallam) kepadamu maka terimalah, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”. (Surah al-Hasyr: ayat.7)

Semua ucapan RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam adalah kebenaran yg diwahyukan oleh Allah Subhanawa Ta’ala pada Baginda saLlahu alaihi wassallam sebagaimana Firman-Nya pada ayat yg lain iaitu:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الهَـوَى إنْ هُوَا إلاَّ وَحْيٌ يُوْحَى

‘Dan dia (Muhammad sallaLlahu’alaihi wassallam) tidak mengucapkan sesuatu menurut kemahuan hawa nafsunya, ucapannya tidak lain ianya adalah wahyu yang diwahyukan Allah Subhanawa Ta’ala kepadanya’. (Surah an-Najm: ayat.3-4)

Memberi pengertian mengenai persoalan yg belum ramai yg mengetahuinya atau yg mungkin belum jelas ini merupakan satu hal yg perlu diusahakan, apa lagi soal2 yg berkaitan dgn agama Islam hukumnya adalah wajib. Soal2 yg kita maksudkan di sini ialah dalam permasalahan dzurriyyatu (keturunan atau nasab) RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam atau keturunan ahlul-bait RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam.

Sejak dari zaman pertumbuhan agama Islam hinggalah ke zaman mutakhir ini tidak ada umat Islam yg mempermasalahkan akan keturunan Nabiy saLlahu alaihi wassallam ini, kerana memang ianya merupakan kenyataan yg amat jelas. Kenyataan ini disaksikan oleh semua para Sahabat Nabiy saLlahu alaihi wassallam, disaksikan juga oleh semua para Salaf, para Tabi’in, para Tabi’it-Tabi’in dan oleh seluruh umat Islam yg hidup dalam zaman selepas kewafatan RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam berikutnya hinggalah ke zaman kita ini. Selama lebih dari 1400 tahun sampai sekarang umat Islam walau di mana jua berada di mukabumi ini kerap kali tanpa henti akan mengucapkan Selawat ke atas junjungan Nabiy kita saLlahu alaihi wassallam dan keluarganya atau sekurang2nya wajib dalam sehari semalam kita akan menyebut atau melafaz kata sebanyak lima kali, iaitu: Allahumma shalli ‘ala (Syaidina) Muhammad wa ‘ala ahli (Syaidina) Muhammad.

Namun belakangan ini terdengar pula suara2 ganjil lagi pelik, ada yg berusaha utk menanamkan kepercayaan bahawa RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam tidak meninggalkan dzurriyat atau nasab yg masih hidup hingga ke hari ini dan ada juga golongan yg mendakwa merekalah pembela ahlul bait sehingga meletakkan golongan ahlul-bait mengatasi kedudukan para Nabiy dan para Rasul alaihis’sallamutu’wassallam dan ada juga yg melampau2 sehingga melampaui Sifat Allah Subhanawa Ta’ala walhal sebenarnya itu semua adalah dustaan dan angan2 mereka belaka. Mereka (samada golongan yg pengingkar atau yg pelampau) ini secara terselubung menaburkan berbagai bentuk fitnah. Bagi yg engkar mereka mendakwa bahawa Syaidina Husein radhiaLlahu’an iaitu cucu kesayangan RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam yg diharap menjadi penerus kpd nasab Baginda saLlahu alaihi wassallam semuanya telah terbunuh di medan Perang Karbala manakala yg pelampau pula beriya-iya mendakwa keturunan itu kekal bersama mereka hingga ke hari ini dan mendakwa Imam yg ke-12 akan muncul suatu hari nanti sebagai Imam Mahdi, yg sekarang ini bersembunyi di dalam gua.

Bagi golongan yg engkar atau lebih senang kita sebut puak Wahabi, kalau boleh mereka ingin menanam terus dalam minda kita akan keraguan tentang kenyataan bahawa putera Syaidina Husein radhiaLlahu’an, yg bernama ‘Ali Zainal ‘Abidin radhiaLlahu’an, telah turut sama terbunuh dalam pertempuran dgn tentera Bani Umayyah di Karbala, namun berkat ketabahan dan kegigihan ibunya Syaidatina Zainab radhiaLlahu’anhuma dalam menentang kezaliman pemerintah kerajaan Kufah itu, iaitu ‘Ubaidillah bin Ziyad, yg ketika itu ‘Ali Zainal ‘Abidin radhiaLlahu’an masih lagi kanak2 yg berusia lebih kurang 13 tahun. ‘Ali Zainal-‘Abidin bin Husein radhiaLlahu’an merupakan waris sah dari nasad RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam, telah terselamat, justru mereka cuba menyembunyikan sejarah hidupnya, dgn tujuan utk memutuskan terus susur jalur nasab Baginda saLlahu alaihi wassallam.

Jauh drpd itu mereka yg dari puak Wahabi ini juga yg menolak dgn kerasnya bahawa kewujudan nasab Baginda saLlahu alaihi wassallam adalah atas dorongan maksud tertentu, secara terang2an mereka cuba utk memutarbelitkan fakta sejarah dgn hasrat supaya jangan ada orang di dunia ini menyebut langsung nama2 dari nasab ahlul-bait, seperti yg biasa kita dengar gelaran yg diberi oleh umat Islam iaitu Habib, Sayyid, Syed, Sayidi atau Syarif. Dan mereka berasa amat kecewa kerana sehingga ke hari ini umat Islam masih lagi tetap menyebut keturunan ahlul-bait dgn panggilan kehormatan itu.

Julukan/panggilan kehormatan Habib atau yg lainnya itu diberikan oleh umat Islam sebenarnya bukanlah atas permintaan dari nasab Nabiy saLlahu alaihi wassallam tetapi ianya adalah sebagai penghargaan kpd mereka yg dari keturunan RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam. Bagi Ahlus Sunnah itulah salah satu cara kita menghormati dan mengenal seseorang itu datangnya dari nasab Baginda RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam.

Sejarah Dinasti Bani Umayyah dan Dinasti Bani Abbasiyyah
Sejarah tidak boleh diubah samada kita suka atau tidak kenyataannya memang ada berlaku kebencian dan kedengkian dari pihak tertentu terhadap nasab ahlul-bait RasuluLlah saLlahu alaihi wassallam., dan ini mengingatkan kita kembali kpd asal sejarah Islam tentang berlakunya perpecahan demi perpecahan dan pemberontakan demi pemberontakan terhadap pemerintah yg ketika itu di bawah pemerintahan dinasti Bani Umayyah (41H/661M–131H/750M) dan dinasti Bani Abbasiyyah (131H/750M– 639H/1258M).

Tuan-puan yg membaca artikel sya ini harus ingat catatan sejarah yg sya paparkan ini bukan bertujuan utk menghukum mana2 pihak, tetapi sebagai catatan sejarah kpd peristiwa sebenarnya yg telah berlaku ketika itu 1000 tahun dahulu, jika ada mereka menyuruh kita membaca buku sejarah mereka, maka kita juga katakan kpd mereka, kenapa tidak mereka membaca sejarah buku sejarah pihak kita pula, itupun jika benar mereka mahu mencari keadilan. Kalau pada satu surah dan ayat mereka beriya2 benar mengambil text ulama Ahlus Sunnah sebagai hujah yg rajih, mengapa tidak pada ulama yg sama mereka tidak menerimanya? Dan jika satu hadith yg diriwayatkan oleh ulama kita dikatakan sahih, maka bagaimana pulak hadith riwayat dari ulama yg sama tidak pula dikatakan sahih? Inilah cara mereka memutarbelitkan fakta, apabila ayat al-Qur’an atau hadith itu bersesuaian dgn apa yg mereka pegang maka ayat atau hadith itu akan dijaja ke sana ke mari sebagai mengatakan apa yg mereka anuti itu benar. 90% drpd hadith Ahlus Sunnah semuanya tertolak, tetapi apabila ada satu yg bersesuaian dgn mereka lalu mereka kata yg itu benar dan sahih.

Mereka hanya pandai bersangka2 dgn hanya membaca sejarah dari satu pihak sahaja lalu beranggapan telah mengetahui seluruh sejarah perpecahan umat Islam. Harus dibacakan kesemuanya sekali, kemudian barulah dinilai dgn jujur pendekatan yg bagaimana harus diambil, bagi umat Islam adalah lebih selamat mengambil pendekatan bersangka baik terhadap semua pihak terutamanya kpd para Sahabat dan berdiam diri kpd perkara yg tidak diketahui, tanpa perlu menghina mana2 pihak.

Ini tidak pula bermakna kita bersetuju dgn kezaliman yg dilakukan di depan mata kita, walau dari pihak mana sekalipun.
  
Menurut riwayat drpd telahan beberapa buku sejarah dan kitab yg sempat diperolehi, maka diringkaskan sekadar utk maklumat sahaja, pada awal sejarahnya umat Islam yg mulai dilanda perselisihan, pertengkaran dan perpecahan bermula pada saat2 terakhir kekhalifahan Syaidina ‘Utsman bin ‘Affan radhiaLlahu’an iaitu lebih kurang pada tahun 4 Hijrah, ianya disusuli dgn begitu byk perang saudara yg sering berlaku, antaranya ialah:

Kekuatan Syaidatina ‘Aisyah, dgn dibantu oleh Thalhah (syahid Perang Jamal), Zubair ibn al-Awwam (syahid ditikam ketika sedang solat) radhiaLllahu‘anhum dgn kekuatan Amirul-Mukminin yg sedang memerintah ketika itu iaitu Syaidina ‘Ali bin Abi Talib karamaLlahu wajha. Perang saudara ini memuncak di Bashrah, yg dalam sejarahnya terkenal dgn nama ‘Waq’atul-Jamal’, disusuli kemudiannya pula dgn perang saudara yg tidak kurang hebatnya, iaitu perang ‘Shiffin’, iaitu antara kekuatan Amirul-Mukminin Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’, dan kekuatan pemberontak di bawah pimpinan Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Kemudian disusuli pula dgn perang yg hampir sama dahsyatnya di kawasan yg terkenal dgn nama ‘Bainan-Nahrain’ Iatu di sebuah daerah di Tigris dan Eferat (Dajlah wa al-Furat).

Perpecahan yg diakibatkan oleh perang saudara Bainan-Nahrain’ ini jauh lebih parah drpd yg diakibatkan oleh perang saudara yg sebelumnya. Dalam perang saudara ini kekuatan Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ sendiri terpecah menjadi dua. Sebahagian tetap setia kpdnya dan yg sebahagiannya lagi menolak mengikutinya dan akhirnya mereka juga memberontak dan memeranginya pula. Peristiwa perpecahan ini terkenal di dalam sejarah Islam dgn kemunculannya kaum ‘Khawarij’, yg dibawah pimpinan ‘Abdullah bin Wahb Ar-Rasiby.

Kemudian disusuli pula lagi dgn perang saudara antara Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ berusaha menumpaskan pemberontakan kaum Khawarij ini disebuah tempat bernama Nahrawand. Pada perang saudara yg ini juga berlakunya perpecahan sekali lagi dikalangan umat Islam dlm kumpulan Syaidina Ali karamaLlahu wajha’ juga lagi. Dalam perang di Nahrawand ini, kekuatan tentera Syaidina Ali karamaLlahu wajha’ berhasil juga akhirnya menghancurkan kekuatan tentera kaum Khawarij, susulan dari peristiwa ini maka terjadilah penentangan yg melampau sehingga membangkitkan isu kafir mengkafir terhadap Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’sendiri walhal dahulunya mereka bersama dgnnya.

Tuan-puan jangan lupa sejarah tentang perintah Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ yg menghalau keluar satu kaum yg dinamakan as-Sabaiyyah ke sebuah perkampungan al-Madain. Peristiwa ini walaupun ada setengah pihak mengatakan ianya mitos ataupun tidak, menurut catatan sejarah peristiwa dihalau itu berlaku. Jika tidak masakan mereka dari  kaum itu boleh terus kekal berada di tempat yg sama seperti yg dikatakan sehingga sekarang.

Kita sedia maklum ketika kekalutan kekuatan tentera anti Bani Hashim yg sudah sedia ada sebelum kedatangan Islam, maka dgn kemenangan Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ itu membuat mereka semakin bertambah2 perasaan dendam mereka. Sedangkan dalam perang ‘Shiffin’ kekuatan Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ tidak teratur akibat pertengkaran dan pertikaian dalaman mengenai masalah ‘Tahkim bi Kitabillah‘(Penyelesaian secara damai berdasarkan KitabuLlah). Dalam peristiwa ini berlaku lagi perpecahan sesama mereka, disebabkan perpecahan demi perpecahan inilah maka dalam firqah Syiah sahaja terdapat berpuluh mazhab pecahan sesama mereka. Insya’Allah jika ada kelapangan saya akan paparkan satu persatu mazhab2 Syiah ini, dan fatwa2 antara sesama mereka.

Setelah tentera Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ berundur dan kembali ke Kufah, dan di sana Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ menjadi sasaran pembunuhan serangan hendap yg dilakukan oleh komplot puak Khawarij. Dan Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ akhirnya berjaya ditikam ketika sedang solat di tangan ‘Abdurrahman Muljam seorang Khawarij pada 19 Ramadhan dan syahid pada 21 Ramadhan 41H/661M. Dan kekhalifahannya diteruskan pula oleh puteranya, Syaidina Hasan radhiaLlahu’an, tetapi sisa-sisa kekuatan pendukung ayahnya ketika itu sudah semakin lemah dan parah akibat mengalami kemerosotan mental dan patah semangat serta perpecahan yg sering berlaku.  

Paling memburukkan lagi apabila berlaku pembelotan beberapa para Sahabat dan saudara-maranya sendiri ke pihak Mu’awiyah dgn maksud2 tertentu, peristiwa pembelotan ini berlaku termasuk di dalamnya ‘Ubaidillah bin al-‘Abbas (saudara Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ sendiri) yg Syaidina Hasan radhiaLlahu’an, angkatnya sebagai Panglima Perang! Dalam peristiwa ini puak yg masih setia dgn Syaidina Hasan yg majoritinya bukan ahlul-bait tetapi adalah penyokong yg bercampur2 dari bangsa Parsi dan beberapa puak di sekitar Baghdad telah mengkafirkan saudara (atau ahlul-bait) Syaidina Hasan sendiri.

Akibat dari pembelotan terakhir ini maka hilanglah keseimbangan kekuatan antara pasukan Syaidina Hasan radhiaLlahu’an dgn pasukan Mu’awiyah, dan akhirnya terpaksa diadakan perundingan secara damai antara kedua belah pihak. Dalam perundingan itu Syaidina Hasan radhianLlaha’an bersetuju menyerahkan tampuk kekhalifahan kerajaan Islam kpd Mu’awiyah dgn beberapa syarat tetapi tujuan utamanya adalah bagi mengelakkan lagi pertumpahan darah dan perpecahan sesama umat Islam, di sinilah berakhirnya kekhalifahan Ahlu-Bait RasuluLlah sallaLlahu alaihi wassallam.  

Bermulanya Zaman Pemberontakan
Maka secara rasminya seluruh kekuasaan dan kekuatan umat Islam serta dunia Islam jatuh ke tangan Mu’awiyah bin Abi Sufyan.dan mulai dari sinilah terputusnya pemerintahan Khulafa al-Rashidin dan bermulanya era kebangkitan kerajaan Empayar atau Daulah Bani Umayyah.

Dengan terlucutnya kekhalifahan dari tangan Ahlul-Bait, sebagaimana terlucutnya pemerintahan adil iaitu sehingga sekarang diperakui ianya adil dan seksama sehingga kekal dgn nama pemerintahan Khulafa al-Rashidin maka begitu jugalah terlucutnya keadilan Islam yg sebenar dan bermulalah zaman penghapusan, pembasmian, pengejaran dan pembunuhan terhadap anak-cucu cicit keturunan ahlul-bait dan pendukung-pendukungnya dari kalangan gabungan puak2 bangsa Parsi, yang dilancarkan oleh Daulat Bani Umayyah.

Untuk mempertahankan kekuasaan Daulah Bani Umayyah, gabenor2 yg duduk di bawah pemerintahan Mu’awiyah telah secara sengaja mengerahkan segala dana dan tenaga utk mengobarkan semangat kebencian, terhadap anak cucu cicit Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’. Semua dari nasab ahlul-bait RasuluLlah sallaLlahu alaihi wassallam diragut hak2 asasi mereka, direndahkan martabat mereka, dilumpuhkan perniagaan mereka dan diancam keselamatan mereka, jika ada sesiapa berani menyanjung atau memuji Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ dan tidak mahu tunduk kpd pemerintahan Bani Umayyah. Kita tidak menafikan peristiwa ini berlaku terhadap anak cucu cicit Baginda RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam. Kita tidak menambah dan kita juga tidak membuangkan fakta sejarahnya dan memang benar mangsa utamanya adalah terhadap kaum Parsi yg dari saat itu terus menerus banyak memberi sokongan ketenteraan terhadap pemberontakan menentang kerajaan Mu’awiyah.
  
Justrunya, akibat dari pemberontakan yg tidak putus2 ini walaupun secara kecil2an maka berlakulah arahan dan perintah dari para penguasa pada ketika itu untuk mencaci maki, melaknat Syaidina ‘Ali karamaLlahu wajha’ sehingga ianya menjadi perkara biasa sahaja, contohnya terdapat satu hadith yg diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Tirmidzi dari Sa’ad Ibnu Waqqash yg mengatakan:

“Ketika Mu’awiyah menyuruh aku untuk menghina Abu Thurab [nama julukan Syaidina ‘Ali ra], maka aku katakan kepadanya; “Ada pun jika aku sebutkan kepadamu tiga perkara yang pernah diucapkan oleh RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam untuknya [Syaidina ‘Ali ra], maka sekali-kali aku tidak akan mencacinya. Jika salah satu dari tiga perkara itu aku miliki, maka hal itu lebih aku senangi dari pada unta yang bagus.

Yang pertama: Ketika RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam meninggalkannya [Syaidina ‘Ali ra] di dalam salah satu peperangannya, maka ia [Syaidina ‘Ali ra] berkata; ‘Wahai RasuluLlah, mengapa engkau tinggalkan aku bersama kaum wanita dan anak-anak kecil?”.

Pada waktu itu aku (Sa’ad Ibnu Abi Waqqash) mendengar RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam bersabda; “Apakah engkau tidak cukup puas jika engkau disisiku seperti Harun disisi Musa? hanya sahaja tidak ada kenabiyan sepeninggalku.
(Hadith riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tirmidzi)

Yang kedua: Dan aku pun mendengar Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam bersabda pada hari Khaibar; ‘Aku akan berikan panji-panji ini pada seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan ia pun dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya’. Pada waktu itu kami sama2 penuh berharap (agar dipilih oleh Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam), tetapi Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam bersabda; ‘Panggilkan ‘Ali kepadaku’! ‘Ali radhiaLlahu’an dihadapkan kepada Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam yg ia [Syaidina Ali r.a.] sedang sakit kedua matanya lalu Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam meludah pada mata ‘Ali kemudian Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam memberikan panji-panji perang kepadanya sehingga Allah Subhanawa Ta’ala memberikan kemenangan kepadanya.
(Sahih Bukhari jilid 4 hal.30/207)

Yang ketiga: Ketika Allah Subhanawa Ta’ala menurunkan ayat “Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu... ayat Mubahalah Ali-Imran: ayat.6 maka RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam memanggil ‘Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiaLlahu’anhum, kemudian Baginda sallaLlahu alaihi wasallam berdoa: ‘Ya Allah, mereka adalah keluargaku’.

Dalam kitab yang sama pada halaman 708 dikemukakan sebuah hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Sahal Ibnu Sa’ad ra yang mengatakan:

“Ketika kota Madinah dipimpin oleh seorang dari keluarga Marwan (nama penuhnya Marwan Ibnu Hakam), maka pemerintah memanggil Sahal Ibnu Sa’ad dan menyuruhnya untuk menghina Syaidina ‘Ali. Ketika Sahal tidak mahu melakukannya, maka pemerintah berkata kepadanya; ‘Jika engkau tidak mahu mencaci-maki ‘Ali, maka katakan semoga Allah Swt mengutuk Abu Thurab’. Kata Sahal; ‘Bagi ‘Ali tidak ada suatu nama yang disenangi lebih dari pada nama Abu Thurab (panggilan yg diberi oleh RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam kpd Syaidina ‘Ali ra), dan Syaidina Ali amat bergembira jika dipanggil dgn nama tersebut…sampai akhir hadith”.

Dan masih banyak lagi riwayat tentang pelaknatan, pencacian terhadap Syaidina ‘Ali r.a. dan penyiksaan terhadap para pencinta ahlul-bait yg tidak sya letakkan kerana terlalu panjang dan berjela-jela terutamanya dalam teks2 kitab Syiah itu sendiri sehingga ada yg keterlaluan seperti kata Sdr. Aizen, mustahil Syaidina Ali membakar Abdullah ibn Saba, maka dalam kitab itu juga agak keterlaluan banyak menyebut tentang Mu’awiyah membakar pengikut Syiah, yg peliknya bukan ahlul-bait yg kena bakar tetapi pengikut Syiah. Terpulanglah kpd tuan-puan samada mahu mempercayainya atau tidak, saya cuma menyalin apa yg sudah tersalin.

Keadaan seperti ini berlangsung selama mana masa2 pemerintahan Bani Umayyah, ianya berlarutan lebih kurang satu abad lamanya, namun begitu ketika pemerintahan di bawah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz radhiaLlahu’an dan ini diperakui sendiri oleh mana pihak samada dipihak Syiah maupun dipihak Wahabi, keadaan menjadi tenang seketika. Tuan-puan boleh dapatkan maklumat dan baca sendiri siapa ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, namun begitu tetap seperti biasa tanpa perlu diduga masih ada tangan2 jahat yg ingin mendustakan sejarah dgn mendakwa ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz (m.101H/721M) juga sezalim pemerintah yg sebelumnya. Kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah yg dirampas oleh Bani ‘Abbas dgn cara kekerasan juga tidak menyebabkan terhentinya gerakan ‘anti Ali dan anak-cucu keturunannya’. Ianya terus menerus berterusan selama mana tampuk pemerintahan Bani ‘Abassiyyah itu pula, keadaan ini jauh lebih lama lagi iaitu selama lebih dari empat abad iaitu dari tahun 131H/750M –  639H/1258M.

Dengan adanya perpecahan politik, peperangan sesama sendiri seperti yg telah saya sebutkan di atas sehinggalah runtuhnya kerajaan Bani ‘Abbasiyyah, kemudian diganti seketika oleh kerajaan Syiah dahulunya dikenali juga dgn panggilan al-Rafidhah, maka muncullah empayar Bani Fatimiyyah yg lebih byk menguasai bahagian Afrika Utara dari tahun 911M – 1171M dan hanya berjaya menguasai Mesir sesudah 969M dan penyudahnya Daulah Bani Fatimiyyah ini juga akhirnya jatuh runtuh pada tahun 1171M dan saki-bakinya kembali berundur ke tempat asal mereka iaitu tempat yg Syaidina Ali pernah halau mereka keluar dahulunya.

Keadaan kekalutan dalam dunia Islam ini bukan hanya menyebabkan berlakunya kacau bilau dalam jamaah dan ummah, tetapi juga berlarutan sehingga kepada bercelarunya hukum-hakam yg mengakibatkan kerosakan terhadap ajaran Allah Swt dan Rasul-Nya.

Berbagai2 firqah muncul sepanjang dan setiap kali berlakunya perang saudara ini dgn kehadiran berbagai pandangan, pemikiran dan aliran serta fahaman yg jauh semakin sesat. Hampir semuanya tidak dapat lari dari pengaruh politik yang menguasai penciptanya. Yang satu menciptakan ajaran2 tambahan dalam firqahnya utk lebih memantapkan semangat para pengikutnya dalam usaha utk menghadapi lawan. Yang lain pun begitu juga, masing2 menafsirkan dan menta’wilkan nash2 al-Qur’an dan Sunnah Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam mengikut keselesaan dan keadaan semasa, matlamatnya adalah agar ianya bersesuaian dgn prinsip pandangan mereka masing2 selain itu ada juga bertujuan utk membakar semangat para pengikutnya dalam menghadapi pihak lain yang dipandang sebagai musuh utama, walhal musuh utama umat Islam ialah kaum kafirun, iaitu Yahudi dan Nasara.

Dan tidak kurang kalutnya juga timbulnya berbagai masalah dalaman dari dalam firqah masing2, sehingga perpecahan umat Islam kpd firqah2 dan kemudian kepada mazhab2 berlarutan dari Andalusia hingga ke lembah Indus. Yg kita bicarakan di sini adalah berkenaan perpecahan dari segi aqidah bukan dalam perkara feqah.

Permusuhan tiga pihak seperti yg saya sebutkan di atas tadi itulah yg secara asasnya membentuk pandangan umat Islam terhadap ahlul-bait RasuluLlah sallaLlahu alaihi wassallam. Selama berkurun lamanya mulai dari zaman pemerintahan Bani Umayyah bertukar tangan kepada Bani ‘Abasiyyah lebih2 lagi semasa pemerintahan Bani Umayyah sukar sekali utk kita bayangkan adanya kebebasaan dan keleluasaan menuturkan hadith2 RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam tentang ahlul-bait, apalagi dalam memperkatakan tentang keadilan yg dilakukan oleh Amirul Mukminin Syaidina ‘Ali bin Abi Thalib karamaLlhu wajha pada waktu itu.

Ramai dikalangan tokoh2 ulama dalam masyarakat pada masa itu terpaksa menyembunyikan hadith2 Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam yang berkaitan dengan ahlul-bait dgn tidak meriwayatkannya, iaitu berkenaan Syaidina ‘Ali, Hasan, Husein ra dan anak cucu cicit mereka. Ada sebahagian dari mereka yang sengaja melakukan dgn maksud politik untuk ‘mengubur’ nama2 keturunan RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam, tetapi ramai juga yg menyembunyikan hadith2 itu hanya dengan maksud membatasi pembicaraannya secara tersembunyi termasuk dikalangan pengikut setia Ahlus Sunnah wal Jamaah, demi keselamatan dirinya masing2, dan tidak kurang juga yg berani bersuara seperti beberapa para Sahabat, para Tabi’in, para Tabi’it-Tabi’in antaranya termasuk Imam Hasan al-Basri yg menolak jemputan penguasa ketika itu kerana tidak mahu terbabit, antara catatan sejarah menceritakan tentangnya:

“Sebagaimana beliau terkenal dgn pidato dan pencapaian ‘ilmiahnya beliau juga terkenal dgn keberanian dan ketegasannya menuntut yg haq. Beliau menzahirkan penentangannya terhadap Yazid II, nama penuhnya Yazid ibn ‘Abd al-Malik memerintah dari tahun 720M – 724M.

Suatu hari beliau dipanggil mengadap penguasa Yazid II, apabila beliau ditanya pendapatnya tentang dua org pemberontak , Yazid ibn al-Muhallab dan Ibn al-Ash’ath. Hasan al-Basri menjawab; “Jangan menyokong mana-mana pihak.” Dgn bingkas bangun seorang bangsa Syams lalu mengajukan soalan; “Sekalipun yg menyokong Amirul Mukminin?” dengan marah Hasan al-Basri menjawab; “Ya, sekalipun yg menyokong Amirul Mukminin.” Dan ketika zaman pemerintahan Hajjaj ibn Yusuf yg terkenal akan kekejamannya, kehadiran Hajjaj tidak sedikitpun menjejaskan dakwah Hasan al-Basri drpd berkata perkara yg haq.” Beliau terus kekal menyampai dakwahnya di Masjidil Haram, dan sehingga he hari sanad ilmunya bersambungan disampaikan oleh para ulama Ahlus Sunnah dari satu generasi ke satu generasi sehingga ke hari ini.”

“Imam Malik juga tidak kurang hebatnya menolak dari menyebelahi mana2 pihak, lebih ketara lagi dgn ketegasan Imam Ahmad bin Hanbal pelupor mazhab Hanbali dlm ilmu feqah, beliau yg dihukum penjara dan disiksa oleh kerajaan Bani Abbasiyyah yg ketika itu mengikut fahaman Mu’tazilah, bukan bermakna di sini Imam Ahmad itu menyokong  Syiah atau al-Rafidhah, tetapi beliau bercakap perkara yg haq yg benar dan betul iaitu mempertahankan aqidah Ahlus Sunnah wal-Jamaah yg beriktiqad bahawa al-Qur’an itu adalah Kalam Allah Subhanawa Ta’ala bukannya makhluk seperti paksaan yg dikenakan ke atasnya oleh puak Mu’tazilah, dan beberapa lagi ulama lain yg menentang pemerintah ketika itu apabila berlakunya kezaliman.”

Ygang hendak disampaikan di sini ialah jangan kata tidak ada langsung dari golongan Ahlus Sunnah wal-Jamaah yg bangun melawan pemerintah, tetapi ianya bukanlah dalam bentuk ketenteraan, penentangnya lebih kpd beberapa syeikh bersama para murid2nya dan beberapa ulama yg melawan secara individu. Dan ramai lagi kalau hendak dicatatkan semuanya maka berjela-jelalah artikel ini, insya’Allah di lain artikel akan diusahakan mengenengahkan ulama dari golongan Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang bersama dgn ahlul-bait.

Kecelaruan Hadith
Dalam pada itu tentang kekalutan perpecahan ini maka ada pula yg jauh lebih berani lagi dan lebih buruk lagi apabila mengubah dan mengganti kalimat hadith dari sumber aslinya (iaitu ucapan RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam atau ucapan keluarga Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam). Kita ambil contoh sebuah hadith iaitu Hadith Al-Kisa. Sumber pertama/aslinya hadith ini diriwayatkan oleh isteri Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam sendiri yg bernama Ummu Salamah ra.. Ia menuturkan peristiwanya atas dasar kesaksiannya sendiri sebagai berikut:

“Pada suatu hari RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam berada di tempat kediamanku bersama ‘Ali, Fatimah, Hasan dan Husein. Mereka ku buatkan khuzairah (makanan terbuat dari tepung gandum dan daging). Setelah selesai makan mereka tidur, kemudian RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam menyelimuti mereka dgn Kisa (jenis pakaian yang lebar) atau qathifah (semacam kain halus). Beliau lalu berdoa: “Ya Allah, mereka itulah ahlu-baitku, hilangkanlah kotoran dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya”. (Hadith riwayat Ath-Thabari di dalam ‘Tafsir-nya’).

Kata2 Ummu Salamah radhiyaLlahu’anhuma itu diriwayatkan juga melalui sumber2 lainnya dgn beberapa perubahan kalimat dan tambahan pada bahagian terakhir kalimat (iaitu setelah akhir kalimat ‘mereka sesuci-sucinya’), contohnya seperti berikut:

“Ketika itu Ummu Salamah bertanya:‘Apakah aku tidak termasuk mereka’? RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam menjawab: ‘Engkau berada dalam kebajikan’.”

Ada pula hadith yg sama dgn tambahan pada bahagian akhir kalimat seperti berikut:

“Ummu Salamah r.a. bertanya: ‘Aku, ya RasuluLlah, apakah aku tidak termasuk ahlul-bait’? RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam menjawab: ‘Engkau beroleh kebajikan, engkau termasuk isteri-isteri Nabiy’.

Hadith yg sama melalui sumber yg lain lagi dgn tambahan kalimat terakhir:

“Ummu Salamah berkata: ‘Ya RasuluLlah, masukkan aku bersama mereka’. RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam menjawab: ‘Engkau termasuk ahliku (ahlu-baitku)’.”

Hadith yg lain pula dgn tambahan kalimat terakhirnya seperti berikut:

“Ummu Salamah bertanya: ‘Apakah aku bersama mereka?’ RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam menjawab: ‘Engkau berada ditempatmu, engkau berada dalam kebajikan’.

Dan dari kumpulan hadith yg sama tetapi agak panjang sedikit, dgn tambahan kalimat terakhir seperti berikut:

“Ummu Salamah bertanya: ‘Ya RasuluLlah, dan aku’? Demi Allah, Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam tidak menjawab; ‘Ya’. Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam menjawab: ‘Engkau beroleh kebajikan’.

Demikianlah kita mengetahui dgn jelas, hadith2 di atas ada kesamaan dalam menyebutkan Syaidina ‘Ali, Fatimah az-Zahra, Hasan dan Husein r.a. sebagai ahlu-bait RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam. Akan tetapi dalam “apakah Ummu Salamah (isteri Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam) termasuk ahlu-bait RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam” tidak terdapat kesamaan! Ada yang akhir kalimatnya menyatakan, ‘Engkau berada dalam kebajikan’; ada yang menyatakan, ‘Engkau dalam kebajikan, engkau termasuk isteri-isteri Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam.’; ada pula lagi yg menyatakan; ‘Engkau termasuk ahliku (ahlu-baitku)’; ada pula yg menyatakan; ‘Engkau berada di tempatmu, engkau berada dalam kebajikan’; dan ada yang menyatakan; ‘Engkau beroleh kebajikan’. (sila lihat Tafsir ath-Thabari jilid XXII; 5,6,7,8 dan Tuhfatul-Ahwadzi jilid IX; 66 – ath-Thabari ialah ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah, beliau tidak mengurangkan atau menambah hadith yg beliau perolehi, dan beliau letakkan kesemuanya sekali, tidak seperti setengah pihak yg sengaja mengada2kan hadith yg tidak ada. Insya’Allah kita akan bincangkan pada artikel yg lain, saya akan paparkan hadith2 yg dikatakan sahih oleh mereka tanpa sanad dan terang2an terputus perawinya.)

Perbezaan dalam kedudukan isteri2 Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam Ummu Salamah r.a. yang diriwayatkan oleh hadith di atas masih tidak menampakkan kekalutan dalam penerimaannya, ini disebabkan walaubagaimana pun juga para isteri Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam adalah termasuk keluarga Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam, soal layak atau tidak disebut ‘ahlul-bait’ itu terpulang kpd hujah masing2 yg jelas para isteri Nabiy tetap isteri Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam, dan kita harus menghormati mereka kerana mereka telah ditakdirkan oleh Allah Subhanawa Ta’ala untuk menjadi isteri Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam.

Yang sangat mengejutkan ialah hadith dari peristiwa yg sama yang memasukkan nama orang lain ke dalam ahlu-bait RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam.!! Marilah kita teliti hadith berikut di bawah ini:

“Abu ‘Ammar berkata: ‘Aku duduk di rumah Watsilah bin Al-Asqa bersama beberapa orang lain yang sedang membicarakan ‘Ali radhiyaLlahu’an dan mengecamnya. Ketika mereka berdiri (hendak meninggalkan tempat) Watsilah segera berkata: ‘Duduklah, kalian hendak ku beritahu tentang orang yang kalian kecam itu’ (Syaidina ‘Ali r.a.). Disaat aku sedang berada di kediaman RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam datanglah ‘Ali, Fatimah, Hasan dan Husein. Beliau kemudian melemparkan Kisa’nya (jenis pakaian yang lebar) kepada mereka seraya bersabda: ‘Ya Allah, mereka ini ahlul-baitku. Ya Allah, hapuskanlah kotoran dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya’. Aku (Watsilah) bertanya: ‘Ya RasuluLlah, bagaimanakah diriku’? Beliau menjawab: ‘Dan engkau’! Watsilah bin Al-Asqa’ melanjutkan kata-katanya: ‘Demi Allah, bagiku peristiwa itu merupakan kejadian yang sangat meyakinkan’”. (Hadith ini tercantum dalam Tafsir ath-Thabari jilid XXII: 6, iaitu hadith dari Abu Nu’aim al-Fadhl bin Dakkain. Ia menerimanya dari ‘Abdussalam bin Harb ‘Abdussalam menerimanya dari Kaltsum al-Muharibi yang menerimanya dari Abu ‘Ammar).

Dari semua hadith yg tersebut di atas yang seakan sama tetapi berbeza dari segi lafaznya pada akhir hadith itu, dapat dimengertikan bahawa adanya tiga maksud yang hendak disampaikan oleh para perawinya:

Pertama: Para perawi semua sepakat bahawa Syaidina ‘Ali, Siti Fatimah, Hasan dan Husein [r.a.] adalah ahlul-bait RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam.

Kedua: Diantara para perawi tersebut ada yang memasukkan isteri Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam ke dalam ahlul-bait RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam dan ada yang tidak.

Ketiga: Ada pula diantara para perawi yang hendak memasukkan orang lain (pengikut Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam) ke dalam pengertian ‘ahlul-bait’. (mengenai makna ahlul-bait sila baca halaman selanjutnya)

Periwayatan para perawi yang berbeza2 ini dari peristiwa/kejadian yang sama itu menunjukkan dgn jelas, bahawa “kelainan tidak terletak pada peristiwanya, melainkan pada orang2 yang meriwayatkannya (para perawi)”. Samada kita sedar atau tidak, masing2 terpengaruh dgn suasana persilangan sikap dan pendapat akibat pertikaian politik di masa lalu dan permusuhan yg berpanjangan di antara sesama umat Islam. Kenyataan yang memprihatinkan itu mudah dimengertikan, kerana menurut riwayat pencatatan hadith baru dimulai pada tahun 160 Hijriah, iaitu setelah keruntuhan kekuasaan Daulah Bani Umayyah dan pada masa pertumbuhan kekuasaan Daulah Bani ‘Abbasiyyah.

Masalah hadith merupakan masalah yg sgt pelik dan rumit. Kepelikan dan kerumitannya bukan pada hadith itu sendiri, melainkan pada penelitian tentang kebenarannya. Identitas para perawi sangat menentukan, apakah hadith yang diberitakan itu dapat dipandang benar atau tidak. Untuk meyakini kebenaran hadith2 RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam, ada sebahagian mereka dari keturunan ahlul-bait Nabiy sallaLlahu’alaihi wassallam, dan para pengikutnya menempuh jalan yang dipandang termudah iaitu dgn menerima dan meyakini kebenaran hadith2 yang diberitakan oleh mereka yg dari kalangan ahlul-bait sendiri sahaja.

Cara demikian ini dapat difahami, kerana bagaimana pun juga mereka yg dari kalangan ahlul-bait pasti lebih mengetahui peri kehidupan RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam, mereka ini lebih menyedari kewajiban menjaga kemuliaan martabat dan kedudukannya di tengah kaum muslimin. Mereka ini tinggal sebumbung dengan Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam, sejak dari kecil sehingga dewasa. Mereka ini adalah kalangan yg langsung berada di bawah asuhan RasuluLlah sallaLlahu’alaihi wassallam., langsung beroleh pendidikan dan pengajaran dari Baginda sallaLlahu’alaihi wassallam. Kita tidak menghadapi kesukaran utk membayangkan bagaimana hasil asuhan, pendidikan dan pengajaran yang diberikan oleh seorang Sayyidul-Anbiya wal Mursalin Muhammad sallaLlahu’alaihi wassallam.

No comments:

Post a Comment

Categories

Abu Bakr (Ruben) (1) Abu Nadjih bin Abasah Assulamy r.a. (1) Abu Talhah (1) Acai Berry (1) adab (6) adab islami (1) Agama Hindu (1) ahli hikmah (1) ahlul bait (1) Aidid Mu'addib (1) Aidilfitri (2) Aisyah binti Abu Bakar RA (1) ajar anak (1) Ajaran Syiah (2) akhlak (3) Al Fatihah (1) Al Ghaist (1) Al Hariths Al Muhasibi (1) Al-Jassasah (1) Al-Quran (1) alam (1) amalan (1) Anas Bin Malik (1) Ancaman Besar (1) As-Syamail Muhammadiyyah (1) Asyura (1) aurat (1) ayat seribu dinar (1) Badr (1) bahagia (1) bakhil (1) Bani Umayyah (1) bank rakyat (1) bergurau (1) Beri Acai (1) biola (1) blacklisted loans (1) buta (1) caci (1) cahaya (1) cela (1) cerita (1) cinta (5) cinta sejati (1) Dahri (1) Dajjal (2) doa (2) doa keluar rumah (1) duduk (1) falsafah Melayu (1) fasik (1) fiqh (1) fitnah (2) gaza (1) Ghibah (1) Habib Umar (1) hadis (21) hairan (1) haji (2) halal haram (2) halaqah (1) hari raya (1) harta (1) Hasan Al-Banna (1) http://ibnuyaacob.com (1) hukum (1) Human Touch Consultant (1) huraian (1) ibadah (1) Ibnu Mas'ud (1) ibu (3) ijtihad (1) ikhlas (2) ilmu (3) Imam Abu Hanifah (1) Imam Bukhari (1) Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari (1) Imam Ibnu Al-Jazari (1) Imam Ibnu Hajar (1) israk mi'raj (1) isteri (1) istidraj (1) istigfar (1) Istikharah (1) jana duit (1) jati diri (1) Jibril (2) kacang (1) kartini (1) kasih sayang (2) kata-kata hikmah (1) kaya (1) kebersihan (1) kejadian manusia (1) kekasih (1) Kelahiran Nabi Junjungan (3) kelebihan (1) keledai (1) keluarga (1) kenyang (1) kesopanan (1) Khadijah (1) Khairu Ummah (1) Khalifah Umar bin Abd al Aziz (1) khatamun nubuwwah (1) khilafah (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (2) koperasi (1) kulit (1) LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) (1) langit dan Bumi (1) lapar (1) Laut Yaman (1) lumayan (1) Luqmanul Hakim (1) maaf (1) madrasah (1) mahar (1) makan (2) makanan (1) Makkah (1) malaikat (1) masjid (1) masuk Islam (1) mati (1) mayat (1) mehnah (1) meja kayu (1) Melayu (1) membaca Al-Qur'an (1) menangis (1) menghulur sumbangan (1) menguap (1) menuntut ilmu (1) mimpi Nabi (1) miskin (1) Misykat (1) MLM (1) Muhammad saw (2) Muharram (1) muqarrobin (1) murah rezeki (2) muslimah (1) Nabi Ibrahim as (1) Nabi Muhammad s.a.w. (1) Nabi Musa as (1) nasihat (4) nikah (1) nikmat (1) panduan (1) pasangan hidup (1) pelaburan (1) pelajaran (1) pemaaf (1) penampilan (1) pengajian (1) pengemis (2) pengetahuan penting (1) pengurusan diri (1) pengurusna masa (1) penyakit hati (1) Perang Muslimin Versus Yahudi (1) perbaiki diri (1) perempuan (1) peringatan (1) perjalanan (1) Perjanjian Hudaibiyah (1) perkara tak manfaat (1) persinggahan (1) personal loans (1) pinjaman (1) pinjaman modal (1) Prof Dr Ahmad Syalabi (1) puasa (1) Qarnuts-Tsa'alib (1) qawa'id fiqhiyyah (1) Qiraat (1) Quran (1) qurban (2) Ramadhan (1) rantaian email (1) Rasulullah (13) rawatan (1) rawatan percuma (1) RED DEAD (1) rezeki (1) riak (1) riwayat (1) riya' (2) riyak (1) rumah (1) rumahtangga (1) Ruqyah Syar'iyyah (1) sahabat (2) Sahih Bukhari (1) Saidina Ali (1) Saidina Umar (1) Salafussoleh (1) Samiri (2) sedekah (1) sederhana (1) Sejarah (1) Selamatkan diri dari kebodohan (1) selawat (3) senarai produk haram (1) setekah wafat (1) Sheikh ‘Ali Jumaah (1) Sheikh Usamah As-Sayyid Al-Azhari (1) siddiqin (1) sikap (1) Sirah an-Nabawiyyah (1) Siti Aisyah r.a. (1) skandal melayu (1) solat (5) solat dalam kenderaan (1) Solat Jumaat (1) Solat sunat (1) solat yang diterima (1) solehah (2) solehin (1) sunnah (5) surah (1) Surah Al-Ikhlas (1) Surah Al-Kahfi (1) surah pendek (1) syair (1) syaqq (1) Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari (1) syukur (1) tabarruk (1) Tafsir Ya Sin (1) tahajjud (1) Tamak (1) tasawuf (2) tawadhu’ (1) tawaduk (1) tawaf (1) teknik kekal fokus (1) teknik mengingat (1) teman (1) Teratai (1) tidur (3) Tip mengurangkan tekanan (1) tudung (1) Umar Bin Abdul Aziz (2) Umm Sulaym (1) ummu (1) umpat (1) usahawan (1) video (1) wanita (5) wudhu (2) wuduk (1) www.akhirzaman.info/ (1) Yahudi (2) YouTube (1) zakat (1) zikir (2) zikir selepas solat (1) zulhijjah (1)

Senarai Update